Connect with us

Oh! Media

Kesesakan Lalu Lintas Makin Teruk, Kerajaan Perkenal ‘Caj Kesesakan’

kesesakan lalu lintas

Trending

Kesesakan Lalu Lintas Makin Teruk, Kerajaan Perkenal ‘Caj Kesesakan’

Sejak Malaysia berada di peralihan endemik Covid-19, kesesakan lalu lintas terutamanya di bandar-bandar utama dah jadi semakin teruk berbanding sebelum kemunculan Covid-19.

ADVERTISEMENT

BACA: Harga RON97 Terlalu Mahal, Pengguna Kereta Mewah Beralih Arah Ke RON95

Menerusi Bernama, untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di bandar utama, kerajaan telah memperkenalkan kadar harga jalan, iaitu bayaran yang dikenakan untuk masuk ke dalam zon sesak di bandar besar.

Bermula 10 tahun akan datang?

Bayaran yang dikenakan ini merupakan satu langkah yang terbaik untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Bayaran yang dikenali juga sebagai ‘caj kesesakan’ ini bukannya sesuatu yang baru, tapi dah lama digunakan di Singapura, London, United Kingdom, Stockholm, Sweeden dan Milan, Itali. Bukan sahaja bayaran dikenakan semata-mata, tetapi ini juga sebagai langkah untuk menggalakkan rakyat kerap menggunakan pengangkutan awam.

Namun, selepas sistem jaringan pengangkutan awam siap dalam jangka masa 10 tahun akan datang, adakah pengguna jalan raya di Kuala Lumpur dah sedia untuk dikenakan caj kesesakan?

Kenderaan persendirian punca kesesakan

Sketch Book: KESESAKAN LALU LINTAS

Pengarah Institut Pengangkutan Malaysia (MITRANS) Universiti Teknologi MARA (UITM) Prof Madya Dr Harlina Suzana Jaafar menyatakan walaupun bawa kereta sendiri itu merupakan satu keselesaan, tetapi, kita kena sedar antara punca kesesakan adalah dari lambakan kenderaan persendirian.

Melebarkan jalan raya juga bukan satu keputusan yang bijak, kerana makin lebar jalan raya, semakin meningkat bilangan kereta persendirian yang ada di atas jalan raya sekali gus memburukkan lagi keadaan.

Langkah yang baik termasuklah mempersiapkan infrastruktur di sekitar pusat bandar dan kawasan perumahan bagi membolehkan penggunaan pelbagai mod mobiliti lain, termasuk basikal, skuter dan berjalan kaki. Selain itu kerajaan juga mahu memperkenalkan zon rendah karbon.

Jika kerajaan mampu untuk mencapai semua ini dalam masa terdekat, adakah kita sebagai rakyat Malaysia mampu untuk memulakan gaya hidup baru? Apa pendapat korang?

Kredit: Bernama

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media 

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas