Connect with us

Oh! Media

Kesan Wajah Pencemar Sungai Guna Dron

17e32890 86f5 4616 8ce7 fe0cf394d847

Trending

Kesan Wajah Pencemar Sungai Guna Dron

Selalunya dron ni apa yang kita tahu adalah sejenis alat yang digunakan untuk merakam video, tapi tak sangka dengan teknologi yang ada sekarang ni, nak kesan wajah penjahat pun dah boleh guna dron.

Melalui perkongsian tweet di akaun Twitter rasmi Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, hari ini berkata, Kerajaan Negeri akan menggunakan dron sebagai langkah seterusnya untuk pemantauan khas bagi mengesan wajah-wajah pencemar sumber air terutamanya pada waktu malam.

Image 37

Selain dapat mengesan wajah pencemar sumber air, dron itu juga dikatakan akan diguna untuk memantau lembangan Sungai Klang, Sungai Selangor dan Sungai Langat.

IKLAN

Dron ini juga berupaya mengumpul sampel air dan mengesan wajah pencemar sumber air pada waktu malam – Katanya melalui akaun Twitter beliau hari ini.

Selepas Loji Rawatan Air (LRA) itu ditinjau oleh Exco Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi Dan Inovasi (STI) dan Hal Ehwal Pengguna, Hee Loy Sian berkata, penggunaan dron itu telah pun mendapat kelulusan sebanyak RM2 juta dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES).

Image 33

Hee Loy Sian berkata, penggunaan dron ini juga dapat mengelakkan isu pencemaran sumber air, yang sering terjadi hingga menyebabkan terhentinya tugas LRA di Selangor terutama sekali apabila berlaku gangguan air tidak berjadual.

Pemantauan dilakukan dalam mengambil sampel-sampel air termasuk untuk ujian dengan lebih berkesan dan tepat.

Dron ini juga boleh memasuki tempat-tempat terpencil untuk tujuan sama – Katanya.

Menurut sumber, lebih lima juta penduduk Lembah Klang telah terputus bekalan air apabila empat LRA Sungai Selangor menghentikan operasi kelmarin disebabkan berlaku pencemaran sumber air mentah di Sungai Selangor yang dikatakan berpunca dari kilang haram.

Image 35

Mesti ramai yang marah bila nak mandi tiba-tiba tak ada air, siapa yang sempat tadah air tu selamat la, yang tak sempat? Kesian dengan nasib rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dah la PKPB lagi, sekarang ni masalah air pula. Harap-harap gangguan air di Selangor ni cepat la pulih, dah tak larat dah nak angkut air.

Kredit: Kosmo

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas