Connect with us

Oh! Media

Kes Khalwat Aliff Aziz Dan Ruhainies Dilaporkan Sudah Selesai Begitu Saja?

Copy of Untitled Design   1

Trending

Kes Khalwat Aliff Aziz Dan Ruhainies Dilaporkan Sudah Selesai Begitu Saja?

Penyanyi, Aliff Aziz dan pelakon, Ruhainies dilaporkan telah membayar denda sebanyak RM3,000 setiap seorang berhubung kes khalwat yang berlaku pada 9 Mac tahun lepas di sebuah kondominium di ibu negara.

Menurut laporan Kosmo, pembayaran itu dibuat dalam satu prosiding yang berlangsung secara tertutup di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan pada Jumaat lepas dan pihak media langsung tidak dimaklumkan mengenai prosiding tersebut.

Tiada kelibat di mahkamah

Aliff Aziz

Sebelum ini, mahkamah telah menetapkan 20 dan 27 Februari sebagai tarikh perbicaraan kes tersebut. Namun, pada 20 Februari lepas, Aliff, Ruhainies serta peguam mereka tidak kelihatan di mahkamah dan ianya telah menimbulkan tanda tanya dalam kalangan media.

IKLAN

Lebih mengejutkan, peguam syarie yang mewakili mereka iaitu Abdul Hadi Mohamad Salleh juga tidak dapat dihubungi bagi mengesahkan perkembangan terkini kes ini.

Aliff Aziz dan Ruhainies mengaku tidak bersalah

Aliff Aziz

Sebelum ini, Aliff dan Ruhainies telah mengaku tidak bersalah atas pertuduhan khalwat dalam prosiding pada 3 Julai lepas dan memilih untuk dibicarakan.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 27(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 dan Seksyen 27(b) akta yang sama, yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Tapi dengan pembayaran denda yang telah dibuat itu, adakah ini tandanya kes mereka dah selesai?

#ApaKataOhmedia

Setiap individu bertanggungjawab atas tindakan sendiri, lebih-lebih lagi sebagai figura awam yang menjadi perhatian ramai. 

Apa pun keputusan mereka, kehidupan peribadi perlu dijaga dengan baik untuk mengelakkan kontroversi yang boleh menjejaskan imej dan karier di masa hadapan.

Copy of Untitled Design   1

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Kosmo


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas