Trending
Kes Kematian Pasangan Di Sri Aman Selesai, Suami Alami Kemurungan Sejak Tukar Sekolah
Guru besar di Sri Aman dipercayai alami kemurungan sebelum kejadian tragis menimpa dirinya dan isteri.
Tragedi yang menimpa sepasang suami isteri di Sri Aman, Sarawak pada 14 Januari lalu akhirnya menemui titik noktah selepas polis mengesahkan tiada unsur jenayah lain terlibat dalam insiden tersebut.
BACA: Kes Bunuh Sri Aman: Tiada Tanda Pecah Masuk Atau Kehilangan Barang
Terdahulu, pasangan berusia 44 dan 45 tahun itu ditemukan tidak bernyawa dengan kecederaan parah pada tubuh masing-masing di kediaman mereka.
Si suami merupakan seorang guru besar manakala isterinya bertugas sebagai jururawat.
Tiada unsur pencerobohan, DNA hanya milik mangsa

Terbaru, Sinar Harian melaporkan, hasil siasatan terperinci dan keterangan saksi mendapati kemurungan menjadi punca kematian pasangan tersebut.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah berkata, lebih 30 saksi diambil keterangan dan pihaknya mendapati guru besar terbabit mengalami kemurungan sejak ditukarkan bertugas ke sebuah sekolah di Lubok Antu, Sri Aman.
Hasil daripada siasatan kita, senjata yang digunakan dalam kes ini hanya ada DNA untuk kedua-dua mangsa sahaja, tidak ada DNA-DNA asing. Seperti mana saya maklumkan sebelum ini, tidak ada tanda kesan pecah rumah, barang berharga hilang ataupun disamun.
Kes disahkan selesai, tunggu laporan forensik telefon

Mohamad Zainal turut menjelaskan bahawa kes ini telah disimpulkan selesai kerana hanya melibatkan mangsa berdua tanpa penglibatan pihak ketiga.
Bagaimanapun, pihak polis masih menunggu laporan forensik telefon bimbit kedua-dua mangsa untuk mengenal pasti sama ada terdapat petunjuk lain berkaitan motif sebenar insiden berkenaan.
Pssttt! Kisah ini cukup meruntun jiwa. Ia menunjukkan betapa tekanan emosi dan kemurungan boleh membawa kepada tragedi jika tidak ditangani dengan betul. Semoga masyarakat lebih peka terhadap kesihatan mental dan tidak memandang remeh tanda-tanda awal kemurungan.
Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Pakai Kad Kredit Lagi Best Dari Debit, Aznah Sekolahkan Netizen Sampai Pandai | Oh! Podcast Ep21
OH! MEDIA 11/01/2026 3:00 PM