Trending
Kes Bunuh Sri Aman: Hasil Bedah Siasat Dedah Suami Ditikam 11 Kali, Isteri Ditikam Di Leher
Seramai 21 orang termasuk ahli keluarga, jiran dan rakan sekerja telah dipanggil untuk memberi keterangan.
Terkini! Polis mendedahkan hasil bedah siasat yang dibuat ke atas dua mayat iaitu pasangan suami isteri yang ditemui maut di bilik tidur rumah di Sri Aman, Sarawak.
Memetik laporan Suara Sarawak, si suami ditikam sebanyak 11 kali di bahagian leher dan dada, manakala isterinya maut akibat tikaman di leher.
Hasil bedah siasat tunjuk kesan tikaman serius

Pesuruhjaya Polis Sarawak, CP Datuk Mohamad Zainal Abdullah berkata, bedah siasat dijalankan di Hospital Umum Sarawak oleh pakar patologi.
Proses bedah siasat bermula seawal jam 9.30 pagi dan selesai sebelum jenazah dibawa pulang ke rumah sekitar jam 2 petang.
Polis ambil keterangan 21 saksi, motif masih disiasat

Setakat ini, seramai 21 orang termasuk ahli keluarga, jiran dan rakan sekerja telah dipanggil untuk memberi keterangan.
Namun, motif kejadian masih dalam siasatan dan belum dapat dipastikan sepenuhnya. Polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan serta menghormati privasi keluarga mangsa dalam tempoh ini.
Pasangan ini meninggalkan tiga anak yang masih bersekolah, masing-masing berusia sembilan, 16 dan 17 tahun.
Kes ini mendapat perhatian ramai memandangkan kedua-duanya dikenali ramai di mana suami seorang guru besar dan isterinya pula bertugas sebagai jururawat.
Lebih tragis lagi, kedua-dua mayat dijumpai oleh anak mereka ketika sedang bersiap untuk ke sekolah.
Pssttt! Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Anak-anak kecil kini kehilangan tempat bergantung akibat kejadian kejam ini. Semoga si pelaku segera dibawa ke muka pengadilan dan keluarga mangsa terus tabah hadapi dugaan ini.
Kredit: Suara Sarawak
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Ustaz Rock Jawab 30 Soalan Viral Fiqh Ramadan | Oh! Podcast Ep24
OH! MEDIA 16/02/2026 4:00 PM