Trending
“Dia Beritahu Nak Kemas Rumah Kosong” – Penduduk Dedah Suspek Utama Kes Suri Tiba-Tiba Muncul Di Kampung
Penduduk dedah suspek kes Suri tiba-tiba muncul di kampung dan keretanya kali terakhir dilihat di lokasi mayat ditanam.
Penemuan sebuah beg berisi mayat yang tertanam di sebuah rumah pusaka di Rembau Negeri Sembilan baru-baru ini membongkar kes kehilangan Suri Narudin.
Memetik laporan Harian Metro, penduduk kampung di lokasi mayat dijumpai mendedahkan suspek utama yang dikenali sebagai ‘Adik’ ada pulang ke kampung beberapa hari sebelum penemuan mayat berlaku.
Dakwa penduduk, lelaki itu muncul secara tiba-tiba di kampung tanpa menunjukkan sebarang kelakuan mencurigakan.
Kereta suspek juga dikatakan kali terakhir dilihat di lokasi sama pada 12 Disember lalu, sehari sebelum mayat ditemui.
Penduduk tak syak apa-apa, sempat berborak dengan suspek

Penduduk dikenali sebagai Rahim berkata lelaki berusia 51 tahun itu datang ke rumahnya pada 11 Disember ketika dia sedang mengemas halaman.
Rahim berkata suspek memberitahu dia pulang hanya untuk membersihkan rumah ibunya yang sudah lama kosong.
Dia beritahu pulang ke rumah ibunya untuk berkemas kerana rumah itu sudah lama kosong. Saya memang tidak syak apa-apa, macam biasa sahaja.
Rahim turut bertanya tentang keluarga suspek sebelum lelaki itu memaklumkan dia sudah lama berpisah dan kini berkahwin dengan wanita Sarawak.
Rahim sempat memberi cadangan agar suspek membawa isterinya tinggal di rumah pusaka tersebut, namun suspek menjawab isterinya selalu terbang.
Sudah lama juga tidak berjumpa, dia tiba-tiba muncul di kampung. Setakat yang saya kenal, dia baik seorang yang baik malah penduduk kampung panggil dia ‘Adik’ kerana dia anak bongsu.
Kereta suspek kali terakhir dilihat di lokasi mayat

Kata Rahim lagi, penduduk lain turut melihat suspek minum di sebuah kedai makan berhampiran kolam memancing berhampiran rumahnya.
Kata penduduk itu, suspek ada meminta sebut harga untuk membuat pagar rumah ibunya tetapi suspek kemudian beredar dalam keadaan tergesa-gesa.
Ada juga penduduk yang bekerja sebagai pemotong rumput beritahu nampak Proton Saga FLX di lokasi sekitar jam 8 pagi pada 12 Disember itu, namun suspek tidak kelihatan.
Tambahnya lagi, lokasi penemuan mayat merupakan rumah arwah kakak suspek, manakala rumah ibunya terletak berdekatan kawasan sama.
Sementara itu, keluarga mangsa menafikan suspek adalah suami mangsa dan mendakwa lelaki itu hanyalah kekasih.
Pssttt! Kisah ini menunjukkan bagaimana tragedi kadang-kadang berlaku dalam diam tanpa sesiapa menyangka. Oh! Media simpati dengan keluarga Suri yang masih mencari keadilan. Semoga siasatan penuh dapat membantu merungkai misteri sebenar di sebalik kehilangan dan kematian tragis ini.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Pakai Kad Kredit Lagi Best Dari Debit, Aznah Sekolahkan Netizen Sampai Pandai | Oh! Podcast Ep21
OH! MEDIA 11/01/2026 3:00 PM