Connect with us

Oh! Media

Kes HFMD Kian Meningkat, Ini Merupakan Langkah Mencegah Penularan Sakit Tangan, Kaki Dan Mulut

Oh! Lifestyle

Kes HFMD Kian Meningkat, Ini Merupakan Langkah Mencegah Penularan Sakit Tangan, Kaki Dan Mulut

Kes berkaitan sakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) meningkat saban hari lebih-lebih lagi selepas musim perayaan. Menurut Harian Metro, Sabah merekodkan kes HFMD tertinggi iaitu sebanyak 2,834 kes direkodkan dari Januari hingga 16 Mei lalu.

ADVERTISEMENT

Bukan sahaja di Sabah, malah penyakit HFMD di negeri-negeri seperti Selangor, Kedah, dan Pahang turut meningkat.

BACA: Jika Krisis Makanan Dunia Tidak Diatasi, Ia Mungkin Akan Berpanjangan – PBB

Jadi, kami ingin kongsikan kepada anda langkah-langkah yang boleh dilakukan bagi mencegah penularan sakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) ini.

Apa itu HFMD?

Sebelum mengetahui lebih lanjut mengenai cara mencegah, eloklah sekiranya kita kenal dahulu apa itu penyakit HFMD.

Menurut Hello Doktor, HFMD merupakan penyakit virus yang menyebabkan demam ringan dan ruam kulit yang boleh dijangkiti melalui sentuhan.

Jadi, tidak hairanlah penyakit ini semakin meningkat selepas musim perayaan ini lebih-lebih apabila kita berkunjung ke rumah terbuka. Hal ini kerana, kanak-kanak cenderung untuk menyentuh dan meneroka sesuatu yang baharu bagi mereka.

Oleh yang demikian, disarankan kepada ibu bapa untuk lebih peka dan sentiasa berwaspada dengan penyakit ini. Ini kerana, penyakit HFMD ini berpunca daripada persekitaran yang kotor yang boleh menyebabkan kanak-kanak yang terdedah kepada persekitaran yang tidak sihat itu akan lebih cenderung untuk dijangkiti penyakit ini.

Tanda-tanda dijangkiti HFMD

Antara tanda-tanda seseorang dijangkiti virus HFMD ialah:

  • Demam
  • Sakit tekak
  • Ulser pada tekak, mulut dan lidah
  • Sakit kepala
  • Hilang selera makan
  • Ruam dengan vesikel (lepuhan) pada tangan, kaki dan kawasan diaper

Langkah mencegah penularan HFMD

Namun begitu, ibu bapa janganlah bimbang dengan penularan penyakit ini, sebaliknya ia dapat dicegah dengan melakukan beberapa perkara bagi memastikan kesihatan anak-anak terjamin. Bak kata pepatah, mencegah itu lebih baik daripada mengubati.

Antara langkah yang boleh dilakukan bagi mencegah penularan penyakit HFMD ini ialah:

  • Cuci tangan dengan sabun sebelum sediakan makanan, selepas keluar tandas, menukar lampin dan mencuci najis.
  • Menutup mulut dan hidung bila batuk dan bersin. Buang tisu dalam tong bertutup.
  • Bersihkan mainan, kerusi dan meja yang tercemar dengan air liur anak.
  • Tidak berkongsi pakaian, tuala, perkakas makanan dan minuman serta mainan.
  • Anak yang disyaki HFMD hendaklah dikuarantin dan tidak di hantar ke taska/tadika/asuhan/sekolah, atau ke tempat awam.

Rawatan buat anak yang telah dijangkiti

Sekiranya anak anda dijangkiti penyakit HFMD ini, berikut kami kongsikan antara rawatan terbaik yang boleh diberikan kepada mereka:

  • Beri Paracetamol untuk kawal demam
  • Pastikan anak minum dengan cukup
  • Jika anak tidak mahu makan atau minum, dan terlalu lemah, bawa anak berjumpa doktor segera

Diharapkan perkongsian kali ini dapat semua pembaca lebih-lebih lagi golongan ibu bapa untuk lebih peka dalam mencegah penularan penyakit HFMD ini.

Kredit: Harian Metro | Hello Doktor | Semakan Online Malaysia

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas