Connect with us

Oh! Media

Jika Krisis Makanan Dunia Tidak Diatasi, Ia Mungkin Akan Berpanjangan – PBB

krisis makanan

Trending

Jika Krisis Makanan Dunia Tidak Diatasi, Ia Mungkin Akan Berpanjangan – PBB

Umum mengetahui sekarang ini seluruh dunia sedang tenat dan berdepan dengan krisis makanan. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah beri amaran jika krisis makanan dunia yang semakin teruk ini tidak diatasi, ia mungkin akan berpanjangan selama bertahun-tahun.

ADVERTISEMENT

BACA: Ini Komen Tan Sri Dr Rais Yatim Selepas Tuan Ibrahim Guna Bahasa Melayu Di Pentas PBB

Sekarang ini kita juga dapat melihat kenaikan harga yang dahsyat di pasaran dan dikatakan harga barang mungkin akan naik sehingga 60 peratus bermula bulan depan. Situasi ini telah merisaukan banyak pihak kerana berlaku perubahan yang sangat drastik.

Puluh juta orang akan berdepan dengan krisis makanan

Dunia Akan Hadapi Krisis Makanan, Kerajaan Perlu Bertindak Segera - EDISI  SIASAT

Menerusi Lensa Geopolitika di Twitter, semasa mesyuarat PBB yang diadakan di New York berkaitan keselamatan makanan global, Setiausaha Agung Antonio Guterres mengatakan perang Rusia dan Ukraine akan menyebabkan berpuluh-puluh juta orang berada di kancah krisis makanan.

Beliau telah menggesa Rusia untuk melepaskan eksport gandum Ukraine bagi mengelakkan kekurangan zat makanan dan kebuluran besar-besaran selama bertahun-tahun.

Bank dunia juga telah menjanjikan bantuan sebanyak $12 bilion untuk menampung impak yang akan membawa kepada bencana.

Apabila sudah berlaku situasi seperti ini, kita mestilah berbelanja mengikut keperluan dan amalkan sifat berjimat-cermat.

Elakkan pembaziran dalam perbelanjaan dan marilah kita sama-sama melawan hawa nafsu berbelanja secara berlebihan.

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas