Connect with us

Oh! Media

Kes Bunuh Sri Aman: Tiada Tanda Pecah Masuk Atau Kehilangan Barang

Ohmedia suami Isteri Dibunuh

Trending

Kes Bunuh Sri Aman: Tiada Tanda Pecah Masuk Atau Kehilangan Barang

Proses bedah siasat akan dilakukan hari ini untuk kenalpasti punca kematian.

Tular di media sosial semalam satu kejadian menyayat hati di Sri Aman, Sarawak apabila pasangan suami isteri ditemui maut dalam bilik tidur di Taman Mutiara, Jalan Brayun.

Lebih memilukan, mayat mereka ditemui oleh anak sendiri yang ketika itu sedang bersiap untuk ke sekolah.

BACA: Pasangan Suami Isteri Penjawat Awam Ditemui Meninggal Dunia Disyaki Dibunuh

IKLAN

Pemeriksaan awal polis mengesahkan kedua-dua mangsa, seorang guru besar berumur 45 tahun dan isterinya yang merupakan jururawat berusia 44 tahun, telah meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan serius.

Siasatan polis: Tiada unsur pecah masuk

Sri Aman

Terbaru, Harian Metro melaporkan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah memaklumkan bahawa tiada kesan pecah rumah ditemui di lokasi kejadian.

Malah, tiada sebarang barang berharga yang dilaporkan hilang seperti yang disahkan oleh anak mangsa.

Kini, proses bedah siasat akan dijalankan di Hospital Umum Sarawak bagi mengenal pasti punca kematian dan kecederaan yang dialami kedua-dua mangsa.

Kes disiasat di bawah seksyen 302 kanun keseksaan

Sri Aman

Setakat pagi ini, polis masih belum melakukan sebarang tangkapan berkaitan kes tersebut. Namun, siasatan sedang dijalankan secara menyeluruh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Pssttt! Tak terbayang perasaan anak mereka yang terpaksa menyaksikan kejadian sebegini. Semoga pihak berkuasa segera merungkai punca sebenar dan membawa pelaku ke muka pengadilan.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas