Connect with us

Oh! Media

Kereta Terjunam Dalam Sungai, Jasad Wanita Ditemui Lemas Seakan Berpelukan Dengan Dua Anak

Trending

Kereta Terjunam Dalam Sungai, Jasad Wanita Ditemui Lemas Seakan Berpelukan Dengan Dua Anak

Mayat guru agama di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Selarong Kedah, Masyitoh Ibrahim ditemui lemas awal pagi tadi bersama dua orang anaknya iaitu Muhammad Ziyad Zikri Sharudin dan Muhammad Ziyad Haziq.

ADVERTISEMENT

BACA: Dua Beradik Lelaki Ditemui Lemas Selepas Terjatuh Ke Dalam Parit

Kenderaan yang dinaiki tiga beranak itu dipercayai terbabas sebelum kereta terjunam di dalam sungai di Jambatan Syed Omar, Jalan Sungai Petani-Baling, petang semalam.

Memetik laporan Berita Harian, mayat ketiga-tiga mangsa ditemui kira-kira jam 3.30 pagi tadi selepas kereta jenis Proton Persona ditarik keluar dari dasar sungai dalam kedalaman hampir lima meter.

Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penolong Pesuruhjaya Bomba Syufaat Kamaron, tiga beranak terbabit ditemukan tidak tersepit di bahagian belakang kereta itu. Kesemua mangsa berjaya dikeluarkan sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Ketika ditemukan, semua mangsa dalam kereta berkenaan nampak seakan-akan saling berpelukan, dipercayai apabila kenderaan itu terhempas ke sungai.

Tambahnya lagi, pasukan penyelamat berjaya mengesan kedudukan kereta di dasar sungai 11 malam tadi. Proses menaikkan kereta bermula jam 11.30 malam hingga 3.30 pagi.

Mayat si ibu berjaya dikeluarkan pada 3.32 pagi diikuti kedua-dua anaknya selang dua minit kemudian. Mayat kemudiannya dihantar ke Hospital Kulim.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas