Connect with us

Oh! Media

Dua Beradik Lelaki Ditemui Lemas Selepas Terjatuh Ke Dalam Parit

batang mop

Trending

Dua Beradik Lelaki Ditemui Lemas Selepas Terjatuh Ke Dalam Parit

Kegembiraan dua beradik bermain di waktu petang bertukar tragedi selepas mereka ditemui lemas akibat terjatuh ke dalam parit.

ADVERTISEMENT

Laporan Bernama menyatakan kejadian yang berlaku di Batu 12, Jalan Segari dekat Pantai Remis itu melibatkan dua beradik lelaki berusia empat dan enam tahun.

BACA: Suami Isteri Direman, Pukul Anak Guna Batang Mop, Paip PVC Hingga Maut

Menurut Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Nor Omar Sappi, orang awam memaklumkan kepada pihaknya mengenai insiden itu pada sekitar jam 7 malam.

Setibanya pihak polis di lokasi tersebut, didapati dua mayat kanak-kanak lelaki telah diletakkan di atas lantai di hadapan rumah mereka.

Penolong Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Pantai Remis telah mengesahkan kematian kedua-dua mangsa tersebut pada pukul 7.15 malam.

Tambah Nor Omar lagi, hasil siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa telah keluar bermain di luar kawasan rumah sekitar jam 5 petang ketika ibunya yang berusia 36 tahun sedang memasak di dapur.

Kira-kira setengah jam kemudian, ibunya telah memanggil anak lelaki sulungnya berusia 10 tahun untuk mencari kedua-dua adiknya supaya pulang ke rumah.

Abang mereka kemudiannya menemukan kedua-dua mangsa berada di dalam parit berhampiran dan terus memaklumkan kepada ibunya seterusnya meminta bantuan orang ramai untuk mengeluarkan mangsa dari parit berkenaan.

Mayat kedua-dua mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Seri Manjung untuk proses bedah siasat.

Kredit: Bernama

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas