Connect with us

Oh! Media

Kereta Mangsa Nahas MH370 Di ‘Clamp’ Dan Berdebu, Netizen Cadang Kenderaan Dimuziumkan

Befunky collage

Trending

Kereta Mangsa Nahas MH370 Di ‘Clamp’ Dan Berdebu, Netizen Cadang Kenderaan Dimuziumkan

Lapan tahun yang lalu, kita dikejutkan dengan satu tragedi melibatkan kehilangan pesawat penerbangan MH370 yang menggemparkan negara.

Kehilangan pesawat MH370 itu pastinya memberikan kesan yang amat mendalam terhadap ahli keluarga mangsa yang saban hari menantikan jawapan dan berharap agar misteri kehilangan pesawat itu akan terjawab.

BACA: ‘Hackers’ Dakwa Miliki Data Peribadi 22.5 Juta Rakyat Malaysia Dan Ini Pula Kata Menteri KDN

IKLAN

Namun, sehingga ke hari ini, misteri mengenai kehilangan pesawat itu masih belum terjawab dan menimbulkan tanda tanya dalam ke mana hilangnya pesawat penerbangan itu.

Kenderaan dipercayai milik mangsa nahas MH370

Tular di media sosial satu video yang dikongsi pengguna TikTok yang menunjukkan sebuah kenderan yang lama tersadai dan berdebu di ruang parkir KLIA.

@yourjiranstory Sejarah hitam. Al fatihah~ #foryoupage #foryou #fypage ♬ Sedih – Instrumental – Asraf Studio

Kenderaan yang penuh disaluti debu itu dipercayai merupakan kepunyaan kepada salah seorang mangsa nahas MH370 kerana ia telah tersadai selama kurang lebih 7 ke 8 tahun. Dapat dilihat kenderaan itu juga di’clamp’ kerana sudah terlalu lama diparkir di situ.

Sewajarnya dimuziumkan kenderaan itu

Video yang dikongsikan pengguna yang menggunakan nama YourJiranStory itu mendapat respon dari warganet. Ada di antara mereka menyarankan agar kenderaan mangsa-mangsa nahas MH370 dimuziumkan sekiranya tidak dituntut ahli keluarga bagi mengenang peristiwa yang menggemparkan negara itu.

Screenshot 2022 05 19 at 113013
Screenshot 2022 05 19 at 113021
Screenshot 2022 05 19 at 113028
Screenshot 2022 05 19 at 113033

Dikesempatan ini, kami di team Oh! Media mendoakan agar misteri kehilangan pesawat penerbangan MH370 ini terungkai dan terjawab.

Kredit: TikTok YourJiranStory

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Ilyasha Amirul
Ilyasha, bekas penulis sambilan di Oh! Media, mahir menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, meninggalkan impak melalui kandungan yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas