Connect with us

Oh! Media

Kerana Tidak Mahu Berpelukan, Suami Berang Hentak Kepala Isteri Hingga Maut

Ohmedia ateyn Featured Image 50

Trending

Kerana Tidak Mahu Berpelukan, Suami Berang Hentak Kepala Isteri Hingga Maut

Disebabkan rasa cemburu yang membuak-buak, satu kejadian tragis mengakibatkan kematian telah berlaku di Chiang Mai, Thailand.

Menerusi laporan Thaiger, seorang penghantar makanan telah membunuh isterinya kerana menyangka isterinya itu mepunyai hubungan dengan lelaki lain.

Ohmedia kematian

Menurut pihak polis, suspek dikenali sebagai Thanawat Chaimingkol yang berusia 47 tahun itu berada dibawah pengaruh alkohol ketika kejadian ini berlaku di rumah sewa mereka.

IKLAN

Pada malam kejadian, ketika Thanawat pulang ke rumah sekitar jam 9 malam dia cuba untuk memeluk isterinya kerana rasa rindu.

Namun isterinya iaitu Orathai Hatsakit yang berusia 44 tahun itu, telah menolak ajakannya dan didakwa isterinya juga mengugut untuk mengelar tangannya sendiri jika Thanawat menyentuhnya.

Suspek telah mengendahkan ugutan itu dan terus memeluk isterinya mengakibatkan mangsa melukai lengan kirinya.

Marah dengan tindakan itu, suspek menendang mangsa sehingga terjatuh dan kemudian menyeret mangsa ke ruang tamu. Di ruang tamu, dia menghentak kepala isterinya berkali-kali ke lantai sehingga mangsa tidak bergerak.

Selepas itu, suspek cuba untuk menyelamatkan isterinya tetapi gagal. Menyedari keadaan menjadi semakin serius suspek meminta pertolongan dari jiran untuk menghubungi pihak polis.

Susulan kejadian itu, Thanawat berkata dia kesal atas tindakannya yang didorong oleh rasa cemburu dan pengaruh alkohol.

Ketika disiasat polis, Thanawat berkata isterinya Orahai Hatsakit berusia 44 tahun itu sering berkunjung ke rumah rakan-rakannya dan menginap di sana selama beberapa hari.

Apa yang lebih membuatkan Thanawat berang, apabila isterinya itu engan menjawab panggilan telefon atau panggilan videonya.

Ohmedia ateyn Featured Image 50

Jap!


📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nurul Fatin
Fatin merupakan bekas penulis separuh masa di Oh! Media, gemar menjelajah dunia dan berkongsi pengalaman serta pandangan uniknya melalui penulisan, memberikan inspirasi kepada pembaca untuk terus eksplorasi dunia.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas