Connect with us

Oh! Media

Kerana Sejuk Dan Lapar, Biawak Cuba Nak Masuk Bank

Article 3 1 11

Trending

Kerana Sejuk Dan Lapar, Biawak Cuba Nak Masuk Bank

Seekor biawak seberat 20 kilogram (kg) didapati tersesat dan cuba-cuba untuk memasuki sebuah bank di Sungai Buloh, petang semalam.

BACA: Biawak Datang ‘Lawat’ Pejabat, Reaksi Gelabah Pekerja Bikin Netizen Terhibur

Biawak sepanjang tiga meter itu telah mengejutkan orang awam yang berada di kawasan bank tersebut pada jam 4.50 petang.

IKLAN

Cuba menolak pintu cermin

Screenshot 2021 11 01 at 113608 am
Biawak cuba memasuki bank Foto Kosmo

Menerusi laman Kosmo, menurut Pegawai Pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Selangor, Leftenan Muda (PA) Suzaini Sulaiman, selepas menerima panggilan berkaitan dengan reptilia ini, sepasukan lima anggota serta pegawai telah menuju ke tempat kejadian.

Mereka melihat reptilia tersebut cuba untuk masuk ke dalam bank dengan menolak pintu cermin tersebut.

Kemungkinan dipercayai biawak itu tersesat dan mahu memasuki bank berkenaan kerana faktor sejuk atau kelaparan.

Reptlia itu berjaya ditangkap dalan tempoh lima minit menggunakan alat penjerut.

Suzaini juga menyatakan bahawa tiada sebarang kecelakaan berlaku kepada orang awam yang berada di bank itu. Reptilia itu kemudiannya dibawa ke parit yang berada berdekatan dengan premis tersebut dan selamat dilepaskan.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Sumaiyah Salleh
Sumaiyah, bekas pelajar intern dan penulis di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu terkini dan hiburan di media sosial. Penulisannya bukan sahaja memberikan manfaat, tetapi juga membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk sentiasa mengikuti isu semasa dengan pantas dan tepat.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas