Connect with us

Oh! Media

Biawak Datang ‘Lawat’ Pejabat, Reaksi Gelabah Pekerja Bikin Netizen Terhibur

Trending

Biawak Datang ‘Lawat’ Pejabat, Reaksi Gelabah Pekerja Bikin Netizen Terhibur

Umum mengetahui, kejadian melibatkan haiwan ataupun serangga yang gemar memasuki rumah sering kali terjadi sehingga mengejutkan pemilik kediaman tersebut.

ADVERTISEMENT

BACA: Monyet & Biawak Dipanah, Polis Sahkan Terima Laporan Penganiayaan Haiwan

Lebih-lebih lagi haiwan yang menceroboh itu tergolong dalam kalangan haiwan yang merbahaya seperti ular. Pasti tak cukup tanah nak lari.

Bagaimanapun, perkara tersebut perlu juga dipandang serius, setiap pemilik rumah perlu mengamalkan ciri keselamatan seperti menutup segala ruang kecil agar kejadian tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Kehadiran biawak gemparkan kakitangan pejabat

Terbaharu, perkara sama turut berlaku di sebuah pejabat selepas kehadiran seekor biawak telah mengejutkan beberapa orang kakitangan yang sedang bertugas.

Aksi tersebut berjaya dirakam melalui sebuah televisyen litar tertutup (CCTV) pada pejabat berkenaan sebelum dimuat naik di laman Facebook.

Menerusi video tersebut, kelihatan tiga orang pekerja berusaha sedaya upaya melarikan diri dengan memanjat meja pejabat ketika haiwan itu menerjah masuk ke pejabat.

Ia selepas seorang pekerja wanita yang sudah mengetahui kehadiran haiwan tersebut mula menjerit menyebabkan dua pekerja lelaki di situ mula memanjat meja masing-masing.

Lebih melucukan, dilihat seorang kakitangan lelaki yang memanjat meja dan melarikan diri telah ‘menolak’ seorang pekerja wanita sehingga jatuh ketika dalam keadaan panik.

Bagaimanapun, video berdurasi 14 saat itu tidak dinyatakan lokasi serta tarikh ia berlaku. Namun, ia seakan-akan di dalam pejabat di sebuah kilang.

Netizen beri pelbagai reaksi

Meninjau pada ruangan komen, rata-rata netizen dilihat memberikan pelbagai reaksi termasuklah terhibur akan gelagat pekerja yang ketakutan melihat haiwan tersebut.

Setakat ini, perkongsian video tersebut telah mencapai lebih daripada 1,000 tanda suka dan telah dikongsi sebanyak 2,400 kali.

Kredit: Facebook Post Hari Ini I Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas