Connect with us

Oh! Media

jawi

Trending

Kenyataan Dari Aliff Aziz, Ruhainies Dan Risteena Takkan Dapat Mengubah Keputusan JAWI

Walaupun pelakon, Nur Risteena sudah menjelaskan waktu sebenar adiknya ditangkap khalwat bukan pada 3.00 pagi, perkara itu tidak dapat mengubah kesalahan yang dilakukan oleh Ruhainies dan Aliff Aziz.

Kedua-dua pelakon itu telah memberikan kenyataan dengan mengatakan mereka masuk ke rumah hanya untuk meletakkan barang sebelum pintu diketuk oleh JAWI.

IKLAN
ruhainies
Kredit: Ruhainies

Tidak kira sama ada pukul 11.30 malam atau 3.00 pagi, kenyataan dari mereka bertiga tidak dapat mengubah tanggapan negatif masyarakat berhubung kes khalwat itu.

Kredit: Risteena

Netizen lebih mempercayai kenyataan daripada pihak JAWI. Justeru itu, kertas siasatan berhubung kes khalwat melibatkan 2 pelakon tersebut dalam proses untuk dilengkapkan.

Perbuatan khalwat yang dilakukan oleh Aliff dan Ruhainies merupakan kesalahan mengikut Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.

Kes mereka akan dipanjangkan ke Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan (Japens) untuk tindakan lanjut.

Kredit: JAWI & Nur Risteena

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Nizar, atau lebih dikenali sebagai Encik Jambu, bukan sahaja seorang penulis berbakat di Oh! Media tetapi juga seorang pelakon dan pengacara. Selain itu, beliau turut memainkan peranan penting dalam menguruskan media sosial, memastikan penjenamaan Oh! Media sentiasa relevan dan berinteraksi dengan pengikut.

Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas