Connect with us

Oh! Media

Kenapa Perlu Berbelanja Lebih Untuk Rangkaian 5G Yang Sama? Jom Jimat Pilih Pelan Yang Lebih Berbaloi!

U Mobile Prepaid Relaunch

Branded

Kenapa Perlu Berbelanja Lebih Untuk Rangkaian 5G Yang Sama? Jom Jimat Pilih Pelan Yang Lebih Berbaloi!

Siapa dekat sini telefon dan talian dia sokong rangkaian 5G, kita geng! Kalau nak dibandingkan dengan rangkaian sebelum ni, korang mesti terkejut betapa lajunya kelajuan purata muat turun 5G ni betul tak?

Baru-baru ini, Opensignal telah meletakkan U Mobile sebagai salah satu ‘Global Rising Star’ dalam kategori ‘Time On 4G/5G’ tau. Maksudnya, pengguna setia U Mobile dah semakin ramai dan sangat memanfaatkan penggunaan data mereka! Perghh, terbaiklah!

Menurut Digital Nasional, sehingga Januari 2023, kelajuan purata muat turun untuk rangkaian 5G adalah sebanyak 380 Mbps berbanding 4G pada 35 Mbps tau! Perghhh, berapa kali ganda laju!

Dengan kelajuan purata ni, korang boleh menikmati pengalaman digital yang lebih baik seperti kelancaran permainan video dalam talian dan jangka masa untuk muat turun yang lebih singkat. 

Tapi, walaupun dengan kelajuan purata yang laju, tak semestinya pelan data yang korang beli tu berbaloi! Jom kami kongsikan pelan yang berbaloi dengan rangkaian 5G!

Nikmati Internet 5G Tanpa Had Dengan Pelan U Mobile!

Siapa yang bukan pengguna U Mobile, kami sarankan korang untuk tukar kepada rangkaian ini sebab ia menawarkan pelbagai manfaat menarik khas untuk korang tau! 

Antaranya pelan U Postpaid 38, 68 dan 98 yang menawarkan pengalaman internet 4G dan 5G lebih pantas dan memuaskan tau! Wow, macam best je!

Memang best pun sebab kalau korang pilih pelan U Postpaid 38, korang dapat menikmati internet berkelajuan pantas sebanyak 60GB untuk sebulan (dinaik taraf daripada 30GB sebelum ni) serta panggilan tanpa had untuk seluruh rangkaian telekomunikasi. Wah, lepas ni makin lama lah bergayut dengan telefon!

Kalau korang rasa tak cukup internet sebulan 30GB, pelan U Postpaid 68 adalah pilihan tepat sebab U Mobile menawarkan 100GB internet berkelajuan tinggi tau! Fuhh, macam ni baru lah best nak main video game!

Selain itu, pelan ini turut menawarkan panggilan tanpa had untuk semua rangkaian telekomunikasi, percuma 15GB perayauan global dan panggilan masuk percuma apabila di luar negara! Banyaknya kelebihan pelan ni!

Lagi best, korang dapat nikmati kelebihan yang sama seperti pelan U Postpaid 68, cuma korang boleh enjoy menggunakan internet sebanyak 1,000 GB sebulan untuk pelan U Postpaid 98! Wah, boleh layan beratus episode drama sampai lebam ni! 

Bukan itu saja, pelan U Postpaid ni turut menawarkan ciri terbaru iaitu Ultra Hotspot 5G yang mana korang boleh berkongsi data pantas tanpa had laju sehingga 1,000 GB bergantung pada pelan postpaid korang untuk semua jenis peranti tau!

Tak cukup dengan itu, kalau korang nak berjimat lebih, korang boleh berkongsi data internet untuk 6 talian U FamilyShare hanya pada RM38 untuk satu talian saja! Berbaloinya pelan ni! 

Selain pelan U Postpaid, korang juga diberi pilihan untuk memilih pelan Prepaid U25, U35 dan U40 yang mana setiap pelan ini mempunyai kelebihan tersendiri mengikut keperluan masing-masing. Paling penting, pelan ni hadir dengan Unlimited data 4G serta panggilan tanpa had!

Kalau korang memilih pelan Prepaid U25, korang dapat nikmati kelajuan 4G/5G ultra-pantas tanpa batas dengan Speed Booster selama 1 jam pada setiap hari serta korang boleh kongsi Unlimited Hotspot dengan hanya penambahan RM5 saja. Fuhh, bagus pelan ni!

Korang juga dapat menikmati kelajuan internet 5G tanpa had pada setiap hujung minggu dengan menebus Unlimited 5G Weekends melalui App MyUMobile kalau korang pilih pelan Prepaid U35. 

Sama seperti pelan Prepaid U25, korang boleh tambah RM5 untuk kongsi Unlimited Hotspot. 

Manakala, untuk pelan Prepaid U40, korang dapat nikmati kelajuan internet 5G tanpa had untuk setiap hujung minggu serta Unlimited Hotspot tanpa sebarang caj seperti pelan Prepaid yang lain. Wahhh, ini baru betul berbaloi!

U Mobile Tawar Pelan Internet Terbaik & Berkelajuan Tinggi

Haa, kalau korang tengok pelan-pelan yang U Mobile tawarkan ni, memang sangat-sangat berbaloi dan sesuai untuk rangkaian 5G tau! 

Cakap tentang rangkain 5G ni, korang tau tak U Mobile turut hadir dengan bundle plan untuk peranti 5G? Seriuslah?!

Kalau korang inginkan peranti 5G melalui pelan U Mobile, korang ada pilihan untuk memilih pelan U PayLater atau U SaveMore yang membolehkan korang untuk dapatkan pada harga serendah RM219 saja tau! Wow! 

Untuk pelan U PayLater, tiada sebarang faedah dikenakan, malah korang dapat nikmati 0% kadar ansuran dengan fleksibiliti pembayaran selama 24 bulan tau! Perghhhh, bestnya!

Manakala untuk pelan U SaveMore pula, korang dapat nikmati penjimatan yang tiada tandingan pada peranti 5G. 

Jadi, korang tunggu apa lagi, cepat jadi antara orang terawal menikmati pengalaman kelajuan internet pantas 5G bermula hanya pada RM25 sebulan untuk pelan Prepaid dan RM38 sebulan untuk pelan Postpaid!

Untuk maklumat lanjut tentang pelan internet U Mobile, layari laman web rasmi di U Mobile atau ikuti media sosial di Facebook, Twitter dan Instagram.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas