Trending
Kemalangan Langgar Lari: Isteri Perlu Jalani Pembedahan Otak, Suami Belum Sedar
Baru-baru ini, Sharifah Zariena Syed Mansor berkongsi berita menyayat hati mengenai kemalangan langgar lari yang melibatkan kakak dan abang iparnya.
Kemalangan di kawasan MRT Kampung Selamat, Sungai Buloh menyebabkan kedua-dua mangsa berada dalam keadaan kritikal manakala anaknya cedera ringan.
BACA: Ibu Tular Tolak Stroller 3 Pagi Kini Kritikal, Keluarga Rayu Saksi Langgar Lari Tampil
Dalam perkongsian terbaru di media sosial, kakak beliau dilaporkan telah sedar tetapi akan menjalani pembedahan otak untuk membuang darah yang bertakung.
Kakak akan jalani pembedahan otak dan kaki kiri patah

Kakinya juga patah dan memerlukan pembedahan lain. Manakala, keadaan abang ipar lebih membimbangkan dengan tahap kesedaran hanya 9%, jauh di bawah paras normal.
Jelasnya sehingga kini abang ipar belum sedar dan doktor berkemungkinan perlu melakukan intubasi bagi menyelamatkan nyawanya.
Mohon doa semoga kakak dan abang ipar kembali sihat

Menurut kemas kini pada 26 Januari, pelaku kejadian telah membuat laporan polis. Walaupun begitu, keluarga berharap agar saksi kejadian tampil memberikan maklumat bagi membantu siasatan.
Di saat genting ini, Sharifah Zariena turut memohon doa daripada semua kenalan dan netizen untuk kesembuhan kakak dan abang iparnya.
Tular tolak stroller jam 3 pagi
Terdahulu kakaknya menjadi tular di TikTok gara-gara keluar jam 3 pagi semata-mata mahu mencari roti untuk anak autismenya. Difahamkan ketika itu suami tiada di rumah kerana bekerja.
Rider p-hailing yang bersimpati melihatnya menolak stroller tampil membantu membelikan roti tersebut.
#OhmediaNasihat
Besarnya dugaan keluarga ini. Semoga mangsa segera sembuh dan saksi kejadian langgar lari ini dapat tampil membantu siasatan demi menuntut keadilan.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Facebook sharifah.zariena
