Sebelum ini kami melaporkan yang pihak polis dituntut untuk menjalankan siasat terperinci berhubung kematian pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Faziana Rohban Ahmad pada tiga tahun lalu oleh ahli keluarganya.
BACA : Kematian Pengasas Dnars Skincare Diragui, Ahli Keluarga Tuntut Polis Lakukan Siasatan
Terbaru menurut laporan Kosmo, keluarga kepada Allahyarhamah Faziani telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Hal ini dibuat selepas mereka mendakwa yang urusan membawa pulang jenazah Faziani tidak mengikut prosedur yang sah.
Laporan tersebut telah dibuat semalam di Pejabat SPRM, Lundang oleh abang sulung arwah iaitu Mohd. Faisal Rohban Ahmad.
Proses membawa pulang jenazah Faziani menimbulkan keraguan selepas dilakukan pada hari yang sama selepas kemalangan iaitu pada 18 Mei 2019 dan perkara ini dikatakan sendiri Peguambela dan peguamcara yang mewakili Mohd. Faisal, Leftenan Kolonel Bersekutu, Azhar Ahmad berdasarkan maklumat yang diperoleh.
Sepatutnya, jenazah yang meninggal dunia perlu mendapatkan surat kebenaran terlebih dahulu dari pejabat Konsulat Malaysia di Songkla, Thailand. Jadi, proses sepatutnya agak makan masa..
Dalam kes ini, tiada surat tersebut sebelum jenazah dibawa pulang ke sini. Selain itu, urusan membawa jenazah juga singkat apabila kebiasaannya ia memerlukan sekurang-kurangnya lima hari.
Bagaimanapun, jenazah Faziani sudah tiba di negara ini tidak sampai 12 jam selepas kemalangan.
Apa pandangan korang? Apapun, sama-sama kota sedekah Al-Fatihah untuk Allahyarhamah dan semoga urusan ahli keluarganya dipermudahkan untuk menuntut keadilan.
Kredit: Kosmo
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.