Connect with us

Oh! Media

Kematian Pengasas Dnars Skincare Diragui, Ahli Keluarga Tuntut Polis Lakukan Siasatan

Dnars Skincare

Oh! Tidak

Kematian Pengasas Dnars Skincare Diragui, Ahli Keluarga Tuntut Polis Lakukan Siasatan

Pihak polis dituntut untuk menjalankan siasat terperinci berhubung kematian pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Faziana Rohban Ahmad pada tiga tahun lalu oleh ahli keluarganya.

ADVERTISEMENT

BACA : Pengasas Dnars Skincare Meninggal Dunia Dalam Kemalangan. Arwah Dalam Perjalanan Untuk Menginfakkan Hartanya.

Menurut laporan Kosmo, laporan polis telah dibuat ahli keluarga arwah Faziani sendiri pada tengah hari semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat selepas mengesyaki ada unsur-unsur lain dalam kemalangan itu.

Peguam juga telah dilantik ahli keluarganya bagi memperoleh maklumat dan mungkin dapat membongkarkan punca kejadian yang berlaku pada 18 Mei 2019 itu.

Berdasarkan maklumat itu, kita dapati kematian arwah Faziani diragui dan kami mengesyaki kematiannya bukan hanya berpunca daripada kemalangan.

Kita percaya ada unsur lain yang menyebabkan nahas itu berlaku.

Untuk info, usahawan kosmetik terkenal yang juga seorang ikon perniagaan berjaya itu meninggal dunia ketika usianya 40 tahun sewaktu kejadian selepas terlibat dalam satu kemalangan di Patani, Thailand.

Dikhabarkan yang arwah ke Patani Thailand dalam usahanya untuk menginfakkan hartanya kepada sekolah pondok, anak-anak yatim dan fakir miskin di sana sempena bulan Ramadan pada tahun itu.

Apa pandangan korang? Kalaulah betul ada unsur lain, memang kejam betul.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas