
Trending
“Keluar Duit KWSP Nak Buat Persiapan Raya Dan Survive, Ini Pula Berlaku?” – Netizen
Oleh
Susulan hujan lebat di Lembah Klang semalam, beberapa jalan utama di Kuala Lumpur telah dilanda banjir kilat. Malah penduduk turut mengalami kerosakan harta benda yang teruk selepas kediaman mereka dinaiki air setinggi dua kaki.
BACA: “Kejadian Banjir Berpunca Daripada Hujan Lebat Luar Biasa” – Menteri Alam Sekitar Dan Air
Di Twitter, seorang lelaki memuat naik video memaparkan kereta penduduk di Segambut dipenuhi air. Dia meluahkan rasa simpati dengan nasib penduduk yang berdepan ujian ini ketika sedang bergembira membuat persiapan Aidilfitri.
Bayangkan, dalam kegembiraan nak raya. Keluar duit RM10k kwsp sebab nak buat persiapan dan survive selepas MCO
— Nor Azam Budin (@norazambudin) April 25, 2022
And this happen?
Semoga penduduk segambut dipermudahkan dari segala urusan banjir ni. Doakan utk dorg. pic.twitter.com/10dl9Vd70S
Sehubungan itu, Hannah Yeoh selaku Ahli Parlimen Segambut, menggesa kerajaan meluluskan segera bantuan sumbangan tunai sekurang-kurangnya RM1,000 bagi mereka yang terkesan akibat banjir kilat ini.
11:30pm Selesai melawat beberapa mangsa banjir di Kolam Air #Segambut. Tak sampai 4 bulan, rumah-rumah di sini dilanda banjir sekali lagi. Ada rumah yang penuh dengan air lumpur. pic.twitter.com/TsIIyPxHBj
— Hannah Yeoh (@hannahyeoh) April 25, 2022
Katanya, ramai penduduk terpaksa membuang perabut rumah termasuk tilam yang sudah rosak. Malah, buku-buku dan beg sekolah anak juga tak dapat diselamatkan apabila tenggelam banjir.
Setiap kali ia berlaku, kerosakan harta benda dianggarkan berjuta-juta. Alasan taburan hujan yang tinggi sudah tidak boleh diguna pakai jika modus operandi kerajaan masih tidak berubah. Ini sudah tahap bencana setiap kali ia hujan di Kuala Lumpur.
Ahli Parlimen ini turut mendesak supaya ada penyelesaian kepada masalah banjir kilat di Kuala Lumpur yang semakin membimbangkan.
Kredit: Astro Awani | Twitter Nor Azam Budin
