Connect with us

Oh! Media

‘Gengster’ Tercicir Pistol Masa Bergaduh

c1f53a23 ecb3 4741 868f d7b3d5515cb6

Trending

‘Gengster’ Tercicir Pistol Masa Bergaduh

Didapati pistol jenis revolver Smith dan Wesson tercicir daripada seorang lelaki yang dipercayai seorang gengster sebelum melarikan diri dalam satu pergaduhan pada Sabtu lalu.

Kejadian berlaku pada waktu malam di Taman Mesra Fasa 3, Taman Sentosa. Selepas menerima maklumat orang awam, sepasukan polis terus bergesa ke tempat kejadian dan mendapati suspek tengah bergaduh dengan kenalannya sebelum kelam kabut melarikan diri. Tanpa disedari, pistolnya itu tercicir.

Kemudian, polis menyerbu rumah suspek di lokasi berhampiran dan memang terbukti yang pistol itu adalah miliknya selepas menjumpai enam butir peluru dalam beg galas suspek. Menerusi laporan Harian Metro, suspek mempunyai empat rekod jenayah sebelum ini.

IKLAN

Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebin Berat) 1971 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan enam sebatan kata Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca gangster tercicir pistol di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri Penulis
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas