Connect with us

Oh! Media

Sekumpulan Lelaki Dan Wanita Sedang Berparti Liar Ditahan, Termasuk Inspektor & Anggota

Trending

Sekumpulan Lelaki Dan Wanita Sedang Berparti Liar Ditahan, Termasuk Inspektor & Anggota

Awal pagi tadi, pihak polis Perak telah menahan enam pegawai termasuk anggota yang dikatakan sedang berhibur sambil mengambil dadah dalam satu parti liar di sebuah pangsapuri.

ADVERTISEMENT

Ketua Polis Perak berkata, dalam kira-kira pukul 1.30 pagi semasa serbuan dijalankan, mereka turut menahan seramai lapan wanita dan tiga daripadanya adalah warga Indonesia.

Pemeriksaan lanjut tidak menemukan dadah tetapi ujian yang dijalankan mendapati seorang pegawai kanan polis berpangkat inspektor dan empat anggota didapati positif dadah jenis methamphetamine dan ketamin.

Tujuh wanita termasuk dua warga Indonesia turut positif. – Katanya pada sidang akhbar di IPK Perak, hari ini.

Menurutnya, kesemua suspek yang berusia 20 hingga 40 tahun itu kini direman untuk disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Siasatan lanjut dijalankan bagi mengenal pasti sama ada pangsapuri tersebut disewa atau milik salah seorang suspek.

Kita tidak berkompromi terhadap anggota yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah dan tindakan tegas diambil sama seperti orang awam. – Kata Ketua Polis Perak.

Selain berjaya menahan 6 pegawai dan anggota itu, polis Perak juga telah berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah apabila mereka berjaya merampas 22.24 kilogram (kg) bernilai RM866,577 sejak Rabu lalu.

Kredit: Sinar

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas