Connect with us

Oh! Media

Kisah Ketua Polis Daerah Dan Adik Muhammad Tarik Perhatian Netizen

24339610 6039 4fe9 999d 04972234996e

Trending

Kisah Ketua Polis Daerah Dan Adik Muhammad Tarik Perhatian Netizen

Dalam kesibukan mencari rezeki yang halal, seorang remaja lelaki yang berumur 14 tahun ini diuji apabila dia menjadi mangsa kecurian di tempat kerjanya di Jalan Nuri Seksyen 7, Kota Damansara.

Muhammad Nor Faizal semasa kejadian itu berlaku, dikatakan telah pergi ke tandas dan terpaksa meninggalkan gerainya buat seketika, tetapi apabila dia kembali semula ke sana dia sedar akan telefon bimbit miliknya sudah lesap entah ke mana.

Dia yang hanya bekerja sebagai pekerja sambilan di gerai burger itu semasa musim cuti sekolah ini turut memberitahu, selain daripada telefonnya hilang, wang tunai dan juga barang-barang jualan di gerai burger itu juga turut dicuri.

IKLAN
D6c51cf8 6c76 4a84 a494 612b6b798689

Sejak dari kes kecurian itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Nik Ezanee bin Mohd Faisal, telah datang melawat ke tempat kerja adik Muhammad Nor Faizal semalam untuk memberikan telefon baru kepadanya sebagai hadiah agar dia terus cekal hadapi ujian yang mendatang.

Edc5ca05 877d 4bf3 94dc 8310727f2612
7e19c38c 7185 4c55 86ec 8416a111378a

Rata-rata netizen merasa terharu melihat keprihatinan Nik Ezanee terhadap masyarakat sekeliling. Mereka juga berharap agar lebih ramai pegawai atasan Polis Diraja Malaysia seperti ACP Nik Ezanee agar orang ramai lebih mesra dengan anggota berkuasa.

4510e041 4ad8 4e5c b975 32d7ab55a447

Dalam pada itu, ramai juga yang meninggalkan komen terharu diatas keprihatinan beliau terhadap masyarakat sekeliling. Malah, mereka juga berharap agar lebih ramai pegawai atas Polis Diraja Malaysia seperti ACP Nik Ezanee.

C60a5640 592c 4162 b23d e9517b1e7a8d
3475f041 41a8 402f b1fc 8051f251ac7e
50f82a79 9bfe 4cbb 9185 f5291c337a7b
09e4c935 72f3 44b5 849f 13132b70d4cb

Terbaik Tuan Nik Ezanee, hadiahkan telefon baru buat adik Muhammad. Jarang kita nampak anggota polis prihatin macam ni. Apapun respek buat Muhammad, kecil-kecil dah pandai cari duit sendiri.

Kredit: Polis Daerah Petaling Jaya

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas