Connect with us

Oh! Media

Kekasih Senyap Tanpa Kata Putus, Tiba-Tiba Kahwin Dengan Lelaki Lain

Trending

Kekasih Senyap Tanpa Kata Putus, Tiba-Tiba Kahwin Dengan Lelaki Lain

Dalam sesuatu perhubungan, komunikasi merupakan perkara yang paling penting. Setiap masalah yang timbul hendaklah dibincangkan dengan baik agar penyelesaian dapat dicapai.

ADVERTISEMENT

BACA: Nampak Gadis Lain Dalam Istikharah, Tunang ‘Cancel’ Nikah 2 Hari Sebelum Majlis

Namun lain pula yang terjadi kepada lelaki ini apabila dia mendakwa kekasih tiba-tiba senyap tanpa khabar berita. Pesanan mesej yang ditinggalkan di Whatsapp juga tidak mendapat sebarang respon balas.

Kekasihnya juga dikatakan enggan menjawab panggilan telefon daripadanya. Perkara itu sudah tentu menimbulkan persoalan adakah dia telah melakukan sebarang kesalahan tanpa disedari.

8 tahun jaga jodoh orang.

Hati.. tolong tabah walau aku dah hampir rebah. Tolong jadi kuat walau aku dah penat. Tolong jadi berani walau aku bersendiri. Maaf andai diri ini tidak sempurna. Terima kasih kerana pernah membuat saya tersenyum. Walaupun kini saya tersenyum dalam tangisan.

Saya tak sanggup berpisah dengan awak tapi nak buat macam mana, dah memang takdir kita tak dapat bersama. Demi Tuhan saya tak tahu nak cakap macam mana. Walau sakit macam mana sekali pun saya tetap kena tabah.

Siapa sangka, rupa-rupanya kekasih hati sudah berkahwin dengan lelaki lain. Perkara itu hanya diketahuinya apabila seorang rakan bertanyakan hal itu kepadanya. Rakannya turut memberikan bukti gambar di atas pelamin.

Allah sahaja yang tahu hati aku bila dapat Whatsapp dari member.

Perkongsian sedih di TikTok itu sehingga kini telah mendapat lebih 700,000 tontonan. Ramai yang memberikan kata-kata semangat memohonnya sabar dalam menempuh ujian.

Ramai juga berkongsi pengalaman serupa apabila perhubungan bertahun-tahun putus di tengah jalan. Apa boleh buat, dah tak ada jodoh, kan?

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas