Connect with us

Oh! Media

Nampak Gadis Lain Dalam Istikharah, Tunang ‘Cancel’ Nikah 2 Hari Sebelum Majlis

kahwin

Trending

Nampak Gadis Lain Dalam Istikharah, Tunang ‘Cancel’ Nikah 2 Hari Sebelum Majlis

Jodoh, rezeki, ajal dan maut sesungguhnya sudah ditentukan oleh Allah SWT. Sebagai hamba-Nya, kita hendaklah menerima takdir dengan hati terbuka. Seperti perkongsian di TikTok ini, impian seorang wanita untuk membina rumahtangga bahagia nampaknya tidak kesampaian apabila tunangnya membatalkan majlis nikah saat-saat akhir.

ADVERTISEMENT

BACA: Kakak Meninggal Dunia Ketika Majlis Kahwin, Adik Terpaksa Jadi Ganti

Menerusi perkongsian itu, dia turut memaparkan mesej daripada tunangnya memaklumkan ketika melakukan solat istikharah, tunang nampak wajah gadis lain.

nikah

2 hari lagi. Kita mampu merancang tapi Allah yang menentukan, kerana dia sebaik-baik perancang. Mama dan papa adalah kekuatanku.

Walaupun kecewa tak jadi nikah, wanita ini dilihat menerima kata putus dengan baik. Tunangnya mengakui ‘sakit kepala’ memikirkan bagaimana perkara ini boleh terjadi.

nikah

Wanita ini menganggap ini adalah ujian yang perlu ditempuhnya. Dalam hantaran mesej itu, dia berharap tunang tidak melakukan perkara seperti ini kepada gadis lain. Dia turut meminta doa supaya diberikan kekuatan menerima dengan reda.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata memberikan kata-kata semangat dan menegaskan dia layak mendapat lelaki yang lebih baik. Be strong!

Kredit: TikTok bungakuntum4

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas