Connect with us

Oh! Media

Kedai ‘Akak Air Buah’ Kembali Meriah, Jadi Persinggahan Geng RXZ

ohmedia akak air buah

Trending

Kedai ‘Akak Air Buah’ Kembali Meriah, Jadi Persinggahan Geng RXZ

Pasti ramai yang mengetahui tentang sebuah kedai makan yang pernah viral di Setiu, Terengganu oleh kerana seorang pelayan air buah dikenali sebagai Darlene yang menjadi tumpuan orang ramai.

Setelah sekian lama menyepi, kini kedai tersebut kembali meriah apabila dijadikan tempat persinggahan geng motosikal selepas menyertai program ‘Members of RXZ’.

Difahamkan, rata-rata peminat permotoran dan pemilik motosikal RXZ dari seluruh pelusuk Malaysia, Singapura dan Thailand mula turun ke Terengganu bagi menyertai program yang diadakan secara besar-besaran itu.

IKLAN

Meninjau di ruangan komen, perkongsian video itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai, ada yang bergurau mengatakan tindakan mereka menjadikan kedai itu sebagai tempat persinggahan seperti sengaja mencetuskan ‘perang’.

Ambik video banyak-banyak… ada yang perang dunia nanti – netizen.

“Macam tak ada kedai lain nak singgah, saja cari pasal,” tulis seorang warganet.

“Bang tolong ye laki saya baru nak beli motor ni kang tak pasal-pasal beli kain kapan je” tulis seorang lagi pengguna TikTok.

Kredit: Tiktok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri Penulis
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas