Trending
”Kau Nak Tahu Siapa ‘Loser’ Sebenar?” – Zizi Kirana
Perkongsian terbaru Zizi Kirana ni undang perhatian netizen.
Penyanyi terkenal, Zizi Kirana lantang bersuara mengenai isu buli yang semakin membimbangkan.
Dalam satu hantaran di laman Threads, beliau menegaskan bahawa pembuli bukanlah individu hebat, sebaliknya hanya manusia yang lemah dan kosong jiwa.
Pembuli ni tak pernah hebat. Dia cuma manusia kosong yang takut tengok orang lain lebih dari dia. Dia pijak orang bukan sebab dia kuat, tapi sebab dia lemah.
Sembunyi di sebalik topeng untuk sorok hakikat

Menurut Zizi, pembuli sering menggunakan sifat manipulatif, rasa tidak yakin diri (insecure), dan kekurangan empati sebagai topeng untuk menutupi kelemahan sebenar mereka.
Manipulatif, insecure, tiada empati, semua tu topeng untuk sorok hakikat yang dia tak mampu hadap diri sendiri.
“Kau nak tahu siapa loser sebenar?” – Zizi Kirana

Zizi menambah, individu yang berusaha menjatuhkan orang lain demi merasa bernilai adalah ‘loser’ sebenar.
Kau nak tahu siapa ‘loser’ sebenar? Dia lah orang yang perlu jatuhkan orang lain untuk rasa bernilai.
Pandangan berani Zizi ini menerima sokongan padu daripada netizen yang turut mengecam budaya buli dan berharap ia dapat dibendung segera.