Trending
“Kau Keluarkanlah Si Pelaku Dari Tempat Persembunyiannya” – Ibu Zayn Rayyan Doa Pelaku Sebenar Serah Diri
Setelah sekian lama mendiamkan diri, muncul satu akaun di TikTok menggunakan nama Izz Manaf mendoakan semoga pembunuh Zayn Rayyan tampil menyerah diri.
Pemilik akaun yang dipercayai ibu kepada Zayn Rayyan berdoa kepada Allah SWT supaya mengeluarkan pelaku dari tempat persembunyiannya.

Dia juga berharap pelaku tampil mengakui perbuatan supaya keadilan buat Zayn Rayyan dapat ditegakkan.
Dalam hantaran lain, Izz Manaf berkata, dia hanya mampu mengadu kepada Allah SWT mengenai fitnah yang telah dilemparkan terhadap dirinya dan suami.

Ibu bapa Zayn Rayyan yang kini didakwa mengabaikan anak dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal berharap Allah SWT memberi balasan setimpal kepada penfitnah.

Amyrul Bakhtiar Kongsi Kisah Hidup Sebelum Viral Dan Lagu Raja Gelek Perodua | Oh! Podcast Ep26
OH! MEDIA 24/04/2026 7:45 PM