
Trending
Kanak-Kanak 4 Tahun Maut Selepas Dijaga Rakan Kakak, Mak Ayah Dipenjara Akibat Dadah
Oleh
Hangat di media sosial mengenai berita kematian seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang dipercayai akibat didera.
BACA: Guru PPKI Dera Budak Autism Sampai Pecah Darah
Menurut kenyataan media Ketua Polis Johor, mangsa dipercayai pengsan di rumah seorang individu lelaki sebelum dibawa ke klinik untuk rawatan.
Dijaga oleh kakak


Menurut kenyataan polis, mangsa telah dijaga oleh kakaknya setelah kedua ibu bapa mereka dimasukkan ke penjara kerana kes dadah. Kemudian, mangsa diserahkan kepada rakan kakaknya untuk dijaga.
Mangsa telah disahkan meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru setelah menjalani rawatan sejak 23 Disember yang lalu.
Pada 24 Disember, pihak polis telah menahan lima individu warga tempatan dan suspek terdiri daripada kakak kandung, rakan kakak termasuk pengadu.
Pihak polis juga merampas barang yang disyaki mendera mangsa di sebuah rumah sekitar Senggarang, Batu Pahat. Kes penderaan itu diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan akan disiasat di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Kredit: Facebook
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
