Connect with us

Oh! Media

Guru PPKI Dera Budak Autism Sampai Pecah Darah

Trending

Guru PPKI Dera Budak Autism Sampai Pecah Darah

Sebelum ini, tular di laman Facebook mengenai seorang kanak-kanak autism yang didera di sekolah oleh seorang guru Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) sehingga meninggalkan kesan lebam teruk akibat dipulas pada kedua-dua belah telinga anaknya.

ADVERTISEMENT

Terbaharu, kejadian yang hampir sama dikongsikan oleh seorang wanita mengenai anak lelakinya yang berusi enam tahun dan menghidap autisme telah didakwa didera oleh ahli terapi di sebuah pusat terapi berbayar.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Facebook, wanita dikenali sebagai Cik Puan Zetty telah menceritakan anaknya, Tuan Muhammad Uwais Abrisam telah di hantar di Penawar Special Learning Centre (PSLC) bertempat di dalam Fakulti Biomedical Science and Health, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sejak November 2019 sehingga kejadian berlaku pada 7 Julai lalu.

Lebam di bahu kiri ni berbentuk jari, cukup 5 jari, ditambah dengan kesan cubitan di dada. Sampai pecah darah, sampai lebam kau buat pada anak ni!

Menurutnya, apabila dia cuba untuk mendapatkan penjelasan mengenai apa yang terjadi, ahli terapi mendakwa anaknya merontan semasa melakukan aktiviti dan pihak mereka tidak sedar akan kesan lebam tersebut.

Apa yang lebih menyedihkan, kecederaan itu bukan kali pertama, dan setiap kali berlaku ahli terapi akan mendakwa anaknya tidak memberi kerjasama dan bermacam-macam alasan yang tidak masuk akal.

Dimana kepakaran anda dalam memberi rawatan kepada anak autisme kami? Bayaran bulanan anak kami bukan murah! Kami tidak hantar anak kami ke pusat terapi anda latih menjadi komando.

Jelasnya lagi, dia telah membawa anaknya ke hospital pada 8 Julai lalu dan hasil pemeriksaan doktor telah mengesahkan kecederaan serius itu bukan kerana aktiviti seperti yang dimaklumkan oleh pust terapi.

Dalam pada itu, mereka turut membuat laporan di Balai Polis Kangar Pulai dan kes tersebut diserahkan kepada Ibu Pejabat Daerah Johor Bahru Utara.

Kredit: Cik Puan Zetty

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas