Connect with us

Oh! Media

“Kami Tak Pernah Kacau Hidup Sesiapa, Ini Ujian Untuk Kami” – Engku Emran

Engku Emran

Trending

“Kami Tak Pernah Kacau Hidup Sesiapa, Ini Ujian Untuk Kami” – Engku Emran

Usahawan popular, Noor Nabila akhirnya menjawab desas desus hubungannya dengan suami, Engku Emran yang dikatakan retak menanti belah.

Menurut Nabila, mereka kini dalam proses bercerai dan akan diputuskan dalam masa terdekat. Keputusan untuk berpisah diambil selepas suaminya keluar daripada rumah awal Januari lalu.

BACA: Hanya Bertahan Dua Tahun, Noor Nabila Sahkan Emran Keluar Rumah Dan Beritahu Nak Cerai

IKLAN

Terbaru, Engku Emran menerusi satu hantaran di Instagram berkata, dia berasa bertanggungjawab untuk memberi respon berkenaan isu ini untuk mengelakkan fitnah yang tidak terkawal.

Katanya lagi, dia mempunyai sebab tersendiri mengapa tidak memberi sebarang komen mengenai khabar angin atau gosip yang bertebaran sebelum ini.

Engku Emran

Bapa kepada seorang anak ini mengingatkan orang ramai supaya tidak meninggalkan komen menampakkan diri tidak bijak. Apatah lagi meninggalkan komen seperti kenal seseorang itu sedangkan langsung tidak kenal.

Emran meminta orang ramai menjaga adab dan menghormati dirinya termasuk Nabila. Dia dan Nabila tidak pernah mengacau hidup sesiapa namun apa yang berlaku adalah ujian daripada Allah SWT.

Noor Nabila

Jelasnya lagi, mereka sudah melalui tiga perkahwinan dan sudah tentu tahu apa yang dimahukan dalam hidup.

Dia sendiri pernah memberitahu Nabila bahawa tiga perkahwinan ini bukan bermakna gagal tetapi ianya sudah ditakdirkan.

Di akhir hantaran, Emran berharap orang ramai dapat menghormati waktu-waktu sukar mereka ketika ini. Dia juga mengharapkan doa orang ramai supaya semua urusan dipermudahkan Allah SWT.

Kredit: Instagram narumkamek

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas