Connect with us

Oh! Media

Hanya Bertahan Dua Tahun, Noor Nabila Sahkan Emran Keluar Rumah Dan Beritahu Nak Cerai

noor nabila cerai

Trending

Hanya Bertahan Dua Tahun, Noor Nabila Sahkan Emran Keluar Rumah Dan Beritahu Nak Cerai

Status rumahtangga kakak kepada selebriti popular Neelofa iaitu Noor Nabila akhirnya terjawab apabila dia mengesahkan akan bercerai dalam masa terdekat.

ADVERTISEMENT

BACA: Noor Nabila Dan Engku Emran Didakwa Sudah Tak Tinggal Sebumbung, Dalam Proses Cerai?

Lapor Harian Metro, Nabila dan suaminya Engku Emran tidak lagi tinggal sebumbung sejak Emran keluar rumah pada Januari lalu.

nabila

Malah, Emran ada menyatakan keinginannya untuk berpisah. Kata Nabila, mereka berbincang secara baik dan tenang serta menerima keputusan dengan hati terbuka.

Kami dalam proses perceraian dan akan diputuskan dalam masa terdekat. Emran pun sudah menyatakan keinginan dia untuk bercerai selepas dia keluar dari rumah saya sejak awal Januari lalu.

Menurut usahawan ini, dia juga insan biasa yang mengimpikan perkahwinan bahagia serta berpanjangan tetapi semuanya adalah aturan Allah SWT.

Saya sudah buat yang terbaik sepanjang proses perkahwinan ini. Namun sebagai manusia kita tidak boleh lari daripada ujian dan dugaan rumah tangga.

Sepatutnya kita pasangan suami isteri saling berkorban dan sentiasa ada untuk satu sama lain dalam apa jua keadaan. Malangnya kami tak mampu jadi pasangan seperti itu.

Tidak mahu berkongsi masalah rumah tangga kepada umum, Nabila memaklumkan masalah di antara mereka sebenarnya sudah lama berpanjangan.

Dia bagaimanapun menjadikan ianya sebagai satu pengajaran berguna di dalam hidupnya.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas