Connect with us

Oh! Media

“Kami Membesar Bersama” – Faizal Azumu Sedih Akan Pemergian Mamat Khalid

Trending

“Kami Membesar Bersama” – Faizal Azumu Sedih Akan Pemergian Mamat Khalid

Awal pagi tadi, kita digemparkan dengan berita pemergian Pengarah terkenal, Mamat Khalid akibat serangan jantung di Hospital Slim River, Perak.

ADVERTISEMENT

BACA: Pengarah Mamat Khalid Disahkan Meninggal Dunia

Allahyarham dikatakan pengsan ketika berada di restorannya iaitu Sarang Art Hub di Tanjung Malim sebelum disahkan meninggal dunia di hospital.

Faizal Azumu zahir rasa sedih akan pemergian Mamat Khalid

Sudah semestinya, pemergian Allahyarham Mamat Khalid atau nama sebenarnya, Mohamad Mohamad Khalid disifatkan sebagai kehilangan yang besar dalam industri seni.

Namun, ia juga tidak terlepas dari menjadi perhatian Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang turut menzahirkan rasa sedih.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Program Senamrobik Perdana sempena Peja Trophy 2021, hari ini di Padang Lintau, Minjoi.

Menurutnya, pemergian arwah bukan sahaja kehilangan besar dalam industri perfileman, malah ia juga memberi kesan kepada dirinya oleh kerana pernah membesar bersama-sama arwah.

Saya ingin menyatakan rasa sangat sedih dan dukacita pagi ini apabila mendapat berita tentang kematian Allahyarham saudara Mamat Khalid yang sudah saya anggap seperti abang kandung saya sendiri.

Tambahnya lagi, beliau juga mengakui sangat rapat dengan arwah serta ahli keluarganya.

Saya membesar di Kampung Sungai Rokam bersama dengan Allahyarham dan sangat rapat dengan keluarga arwah termasuk isterinya.

Selain itu, beliau juga turut menyeru orang ramai agar bersama-sama mendoakan pemergian arwah serta segala urusannya dipermudahkan.

Marilah sama-sama kita mendoakan agar arwah diampunkan segala dosa dan dihimpunkan bersama orang beriman serta beramal soleh.

Difahamkan, jenazah arwah akan disembahyangkan di Masjid Jamek Idris Iskandar Shah 1 di Sungao Rokam sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Kampung Paloh, Ipoh, selepas Solat Zohor.

Allahyarham yang merupakan adik kepada kartunis, Datuk Lat juga turut meninggalkan seorang isteri, Hasmah Hassan dan lima anak.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas