
Trending
“Kami Bukan Mat Salleh Tak Cuci Bontot!” – Netizen Tegur Tandas Pickle Ball Milik Amelia Henderson
Netizen tegur tandas Pickle Depot milik Amelia Henderson kerana tiada bidet!
Seorang individu meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kemudahan tandas di Pickle Depot yang merupakan lokasi popular untuk sukan pickleball milik Amelia Henderson.
Menurut X, aspek kebersihan asas seperti bidet atau paip air dikatakan tidak disediakan langsung dalam tandas.
Awak mesti pasang bidet dekat tandas Pickle Depot @ameliath. Saya suka gelanggang awak tapi tandas sana perlukan bidet. Kita orang Malaysia bukan mat salleh tak cuci bontot.
Walaupun gaya bahasanya santai dan sinis, teguran itu membawa isu serius tentang tahap kebersihan yang sepatutnya diberi perhatian oleh pemilik premis.
“Kami perlukan air, bukan tisu sahaja!” – Amelia Henderson

Ramai pengguna lain turut menyokong kenyataan tersebut. Menurut mereka, penyediaan bidet atau paip air di tandas bukanlah satu kehendak, tapi satu keperluan wajib bagi rakyat Malaysia.
Rata-rata menyuarakan rasa kecewa kerana banyak fasiliti sukan dan awam kini terlalu mengikut gaya hidup Barat tanpa memikirkan kebiasaan dan budaya kebersihan masyarakat tempatan.
Amelia Henderson belum beri respon

Sehingga kini, Amelia Henderson masih belum memberikan sebarang kenyataan balas terhadap isu tersebut. Namun begitu, netizen berharap perkara ini akan dipandang serius dan tindakan segera diambil.
