Connect with us

Oh! Media

“Kalau Mak Ada Masalah Panggil La Kri Dan Ida” – Aliff Syukri Mohon Orang Luar Jangan Berlebihan

aliff syukri

Trending

“Kalau Mak Ada Masalah Panggil La Kri Dan Ida” – Aliff Syukri Mohon Orang Luar Jangan Berlebihan

Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri akhirnya bersuara mengenai isu panas yang melibatkan keluarganya.

BACA: “Kaya Tapi Bodoh, Kau Yang Gila Glamour!” – Rebecca Nur Al-Islam ‘Sound’ Isteri Aliff Syukri

IKLAN

Menerusi satu hantaran panjang di Instagram, Aliff memohon maaf kepada semua pihak dan merayu isu viral dihentikan.

Jelasnya, cukuplah apa yang terjadi kepada keluarganya dan ianya bukanlah sesuatu yang menggembirakan atau untuk disensasikan.

“Kami bukan satu bapa, tapi satu ibu, satu rahim”

aliff syukri

Aliff turut meluahkan rasa kasih sayangnya terhadap ibunya, Rozita Ibrahim dan menegaskan bahawa walaupun keluarga mereka ‘unik, mereka tetap menyayangi di antara satu sama lain.

Katanya, meskipun mereka bukan daripada satu bapa, hubungan kekeluargaan mereka tetap utuh dan penuh kasih sayang.

Sebenarya saya sudah sedaya upaya untuk menutupi segala masalah yang berlaku kepada keluarga kami. Saya sebagai anak, abang, suami turut tersepit dalam keadaan ini malah sukar untuk saya luahkan bila melibatkan banyak orang.

Aliff juga meminta orang luar supaya tidak berlebihan dan menghormati mereka sekeluarga. Lebih-lebih lagi ibunya sudah berusia dan mempunyai anak-anak dan cucu yang sudah remaja.

Adik-adik saya yang masih remaja dan mentah untuk melalui kehidupan di mana parents bercerai perlu ke saya cerita satu persatu. Mereka terpaksa menerima orang baru. Mereka tidak menolak tetapi ianya tidak la mudah, hanya yang mengalami sahaja yang tahu perasaannya bila dalam keadaan ini.

“Saya akur, yang penting ibu bahagia…”

aliff syukri

Aliff mendedahkan bahawa dia pada awalnya gembira dengan keputusan ibunya untuk berkahwin semula, tetapi kemudian turut terkesan dengan pelbagai isu yang timbul.

Katanya, walaupun nampak gembira di media sosial, hakikatnya hanya demi menyembunyikan kesedihan demi melihat ibunya bahagia.

Kepada mak saya Rozita binti Ibrahim. Kri bukan nak apa-apa hanya nak mak dan semua bahagia. Maaf mak kalau Kri salah tapi kalau mak ada masalah panggilah Kri dan Ida kami tahu di mana letaknya kami. Inyallah kami akan ada sentiasa untuk mak walau apa jua keadaan mak ketika itu. Kasih sayang ini akan ada selamanya utk mak bukan sebab harta yang mak ada. Selamat pengantin baru.

Di akhir hantaran, Aliff meninggalkan pesanan buat ibunya di mana dia dan isteri, Datin Shahida sentiasa ada di kala ibunya memerlukan pertolongan.

Hantaran penuh:

Pssttt! Sedih pula baca luahan hati papa terlajak laris ini kan. Semoga keluarga ini baik-baik sahaja dan mampu mengharungi dugaan berat ini.
Kredit: Instagram Aliff Syukri
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Trending

Oh! Podcast

Tonton di YouTube

Popular Bulan Ini

Ke Atas