Connect with us

Oh! Media

“Kaya Tapi Bodoh, Kau Yang Gila Glamour!” – Rebecca Nur Al-Islam ‘Sound’ Isteri Aliff Syukri

rebecca nur al-islam

Oh! Artis

“Kaya Tapi Bodoh, Kau Yang Gila Glamour!” – Rebecca Nur Al-Islam ‘Sound’ Isteri Aliff Syukri

Di Instagram, pelakon Datin Rebecca Nur Al-Islam menafikan dakwaan mencari publisiti murahan apabila kerap memuat naik gambar abangnya bersama isteri baru iaitu Bonda Rozita Ibrahim.

Difahamkan, penjelasan itu dibuat untuk menafikan tuduhan seorang individu kononnya dia lebih sudu daripada kuah.

IKLAN

BACA: Bonda Rozita Ibrahim Didakwa Kahwin Dengan Abang Pelakon Wanita? Ini Penjelasan Datin Shahida

Walaupun tidak menyebut secara spesifik nama individu berkenaan, tetapi suara di dalam rakaman jelas milik isteri Datuk Aliff Syukri iaitu Datin Shahida.

Menurut Rebecca, dia hanya meraikan kehadiran orang baru dalam keluarganya. Mereka hanyalah orang biasa dan mempunyai hubungan akrab antara adik beradik.

Rebecca Nur Al-Islam sound menantu Bonda Rozita Ibrahim

rebecca nur al-islam

Abang sulungnya yang merupakan suami baru kepada Bonda Rozita yang selama ini menjaga dirinya ketika ibu bapa keluar bekerja.

Jadi, dia rasa tidak salah untuk bergembira bagi pihak abangnya. Rebecca turut menyindir isteri Aliff Syukri yang popular disebabkan suami dan ibu mentua yang kaya raya.

Sedangkan dirinya popular sejak dari belasan tahun disebabkan kerjayanya sebagai pelakon. Rebecca juga berang apabila dikatakan tiada kaitan dengan Bonda Rozita kerana statusnya adalah adik ipar.

Adakah makcik ni bodoh atau bercakap tak menggunakan akal? Saya rasa makcik ni bodoh jugalah, ada patut saya takde kena mengena? Kalau takde kena mengena kenapa saya bercakap? Saya bukan posting tanpa minta izin.

Kata Rebecca, ibunya dan ahli keluarga yang lain sangat bangga dengan pernikahan abangnya bersama Bonda Rozita.

Video penuh:

Saya adik ipar, mak cik hanya menantu dan makcik bersyukur sebab makcik kahwin dengan anak orang kaya. Zaman makcik nasyid dulu, makcik bukan terkenal.

Selebriti ini turut mengkritik sikap menantu Bonda Rozita yang suka mengutuk sedangkan pakaiannya bertutup litup.

Kredit: Instagram
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Oh! Podcast

Tonton di YouTube

Popular Bulan Ini

Ke Atas