
Trending
“Kalau Korang Tahu Rasa ‘Period Pain’ Tu Macam Mana” – Persoalkan Cuti Haid, Fizo Omar Dikecam Netizen
Oleh
Baru-baru ini kita dimaklumkan dengan berita perancangan kerajaan mengenai perkenalan cuti haid yang dijangka akan diselesaikan Oktober ini.
BACA: Kerajaan Bakal Perkenal Cuti Haid Serta Subsidi Tuala Wanita, Apa Kata Netizen?
Perkara ini turut menjadi persoalan pelakon dan usahawan, Fizo Omar yang seakan mempersoalkan cadangan pengenalan cuti ini dengan menyelitkan data mengenai Malaysia yang merupakan negara tertinggi yang mempunyai bilangan cuti umum di Asia Tenggara.
Fizo teruk dikecam di Twitter
Hantaran dibuat Fizo Omar itu mendapat perhatian netizen di Twitter yang mendakwa seolah-olah pelakon itu memperlekehkan golongan wanita yang memerlukan cuti berkenaan.
Geram dengan kenyataan pelakon itu, seorang pengguna Twitter menempelak pandangan Fizo dengan mendakwa sakit senggugut berbeza bagi setiap orang.
Perlu diingati, senggugut ketika haid berbeza untuk setiap wanita. Ada yang sampai tak boleh bangun, kaki kejang,etc. Sesetengah kita ni privilege sangat sampai tak ada empati.
— Ili Aqilah (@theiliaqilah) July 21, 2022
Satu lagi, apa kena mengena cuti umum dan cuti haid? Tu lah duk octafx memanjang, tengin takleh sorok pic.twitter.com/15O0nNLYcx
Perlu diingati, senggugut ketika haid berbeza untuk setiap wanita. Ada yang sampai tak boleh bangun, kaki kejang, dan sebagainya.
Sesetengah kita ni ‘privilege’ sangat sampai tak ada empati.
Ciapan dibuat wanita ini turut mendapat respon warganet. Rata-rata mereka bersetuju dengan pandangan dinyatakan wanita ini dan turut menempelak kenyataan dibuat Fizo.
Kalaulah korang tahu sakitnya macam mana



Komen pada posting Fizo seakan memperlekehkan


Tiada masalah kalau cuti haid diperkenalkan


Teruk betul Fizo dikecam. Apa pula pandangan korang mengenai hal ni?
Kredit: Instagram fizoomar | Twitter theiliaqilah
