Connect with us

Oh! Media

Kerajaan Bakal Perkenal Cuti Haid Serta Subsidi Tuala Wanita, Apa Kata Netizen?

Oh! Negara

Kerajaan Bakal Perkenal Cuti Haid Serta Subsidi Tuala Wanita, Apa Kata Netizen?

Pengenalan cuti haid dan subsidi tuala wanita ketika ini masih lagi dalam kajian dan dijangka akan selesai pada Oktober tahun ini.

ADVERTISEMENT

BACA: Kesesakan Lalu Lintas Makin Teruk, Kerajaan Perkenal ‘Caj Kesesakan’

Menurut Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff, proses pengenalan cuti haid ini bukan sahaja mengenai kesejahteraan wanita semata-mata, tetapi ia juga melibatkan implikasi ekonomi negara.

Ini kerana, pengenalan cuti haid memerlukan penelitian dan libat urus dari pelbagai pihak bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenai perkara ini.

Tambah beliau, masalah kewangan yang berlaku dalam kalangan wanita menyukarkan mereka untuk mendapatkan akses tuala wanita ketika haid.

Kementerian berpandangan kajian lanjut perlu dilaksanaknan berhubung subsidi tuala wanita, bagi membolehkan kerajaan mendapat gambaran sebenar berhubung isu ini, khususnya b40.

Selain itu dapatan kajian juga membolehkan satu pendekatan komprehensif bersasar, bagi menangi isu ini, dan kajian itu dijangka siap pada oktober.

Katanya lagi, tindakan selanjutnya akan dilakukan sekiranya jika kajian yang dilakukan terhadap perkara ini didapati mempunyai kepentingan yang signifikan jika diperkenalkan

Jadi bualan dalam kalangan netizen

Dalam pada itu, pelakon dan usahawan terkenal, Fizo Omar turut memuat naik hantaran mengenai perkara ini melalui akaun Instagramnya.

Menurut Fizo yang meminta pandangan orang ramai mengenai isu ini seakan tidak bersetuju dengan memaklumkan bahawa negara Malaysia ketika ini merupakan negara yang mempunyai bilangan cuti umum tertinggi di Asia Tenggara.

Perkongsian Fizo itu mendapat respon dari warganet. Ada di antara mereka yang bersetuju dan ada juga yang tidak bersetuju sekiranya cuti haid itu diperkenalkan.

Mengarut cuti macam ni

Malaysia dah banyak cuti

Orang tak kena, tak tahu

Apa pandangan korang dengan cuti haid yang bakal diperkenalkan ni?

Kredit: Awani | Instagram fizoomar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas