Connect with us

Oh! Media

“Ingat Jalan Je Berlubang..” – Netizen Kecam Signboard ‘Rongak’ Di Kelantan

signboard

Oh! Tidak

“Ingat Jalan Je Berlubang..” – Netizen Kecam Signboard ‘Rongak’ Di Kelantan

Signboard jalan raya di Kelantan telah mendapat kecaman yang hebat daripada netizen kerana keadaannya yang rongak dan berlubang boleh membahayakan pemandu jalan raya sekiranya ia tertanggal.

ADVERTISEMENT

BACA: Umat Islam Akan Dipenjara Dan Denda RM2k Kalau Ditangkap Tak Puasa Di Kelantan?

Menerusi posting di Facebook Kelantan State, signboard yang dikongsikan itu kelihatan sangat teruk dan sebahagian papan daripada besi itu sudah tertanggal.

Keadaan signboard tersebut boleh mengelirukan pengguna jalan raya yang mahu mencari arah sesuatu tempat. Yela, walaupun ramai sekarang ni dah guna waze untuk mencari arah, tetapi ada juga yang masih berpandukan papan tanda, kan?

Gambar tersebut difahamkan telah diambil oleh seorang pengguna jalan raya dan berlokasi di hadapan pasar raya yang baru je dibuka di Tunjong, Kota Bharu Kelantan.

Pelbagai reaksi yang diberikan oleh netizen setelah melihat gambar papan tanda tersebut. Ada yang memerli bukan sahaja jalan yang buruk tetapi papan tanda pun buruk dekat Kelantan ni.

signboard

Harap pihak berkuasa ambil perhatian dan segera baik pulih mana-mana papan tanda yang rosak dan perlu dibaiki. Takkan nak tunggu viral baru nak buat kerja, kan?

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas