Connect with us

Oh! Media

“Kaki Dah Boleh Gerak” – Keadaan Kanak-Kanak Tertelan Dadah Tunjuk Perkembangan Positif

Trending

“Kaki Dah Boleh Gerak” – Keadaan Kanak-Kanak Tertelan Dadah Tunjuk Perkembangan Positif

Semalam kita dikejutkan dengan berita seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang ditidurkan akibat kritikal di unit rawatan rapi (ICU) kanak-kanak, Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) kerana tertelan dadah jenis methamphetamine.

ADVERTISEMENT

BACA: “Seluruh Tubuh Pucat, Lemah Macam Dah Meninggal” – Ibu Dedah Keadaan Anak Kritikal Telan Dadah

Sudah mula menggerakkan kedua-dua belah kaki

Memetik laporan daripada Kosmo, kanak-kanak tersebut sudah mula menggerakkan kedua-dua belah kakinya sejak malam tadi.

Ibu mangsa yang berusia 36 tahun memaklumkan bahawa dia lega anak bongsunya itu sudah mula menunjukkan perkembangan positif sejak dimasukkan ke hospital pada Ahad lalu namun, masih menunggu pergerakan tangan dan berharap agar anaknya itu mampu membuka mata.

Meskipun sudah ada perkembangan, saya tetap bimbang kerana pelbagai kemungkinan boleh berlaku.

Selagi anak saya tidak membuka mata, saya tetap tidak senang duduk dan berharap orang ramai tetap mendoakan agar dia dapat sembuh seperti sediakala.

Menurutnya lagi, dia sering ke hospital bagi menjenguk dan memantau keadaan kesihatan anak bongsu daripada tiga beradik itu.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas