Connect with us

Oh! Media

“Seluruh Tubuh Pucat, Lemah Macam Dah Meninggal” – Ibu Dedah Keadaan Anak Kritikal Telan Dadah

dadah

Oh! Tidak

“Seluruh Tubuh Pucat, Lemah Macam Dah Meninggal” – Ibu Dedah Keadaan Anak Kritikal Telan Dadah

Ibu kepada kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang kritikal kerana memiliki kandungan dadah dalam badan mendedahkan situasi sebenar keadaan anaknya sebelum dibawa ke hospital.

ADVERTISEMENT

BACA: Budak Lelaki 3 Tahun Kritikal Telan Dadah, Bapa Saudara Ditahan

Menerusi laporan Harian Metro, ibu mangsa menyatakan suspek telah membawa keluar anaknya itu pada jam 2 petang tanpa pengetahuannya.

Keadaan lemah dan pucat

dadah

Saya tidak tahu dia (anak) dibawa keluar bapa saudaranya kerana tiada di rumah namun jam 5 petang ketika pulang, keadaan anak saya lemah dan sangkakan dia letih bermain.

Selepas tiga jam tiada di rumah, kerisauan ibu mangsa semakin menjadi-jadi apabila melihat anaknya pulang ke rumah dalam keaadan letih dan pucat. Allahuakbar.

Tidurnya juga tidak nyenyak dan sering tersentak membuatkan saya tidak sedap hati selain wajahnya kelihatan semakin pucat.

Saya tersedar jam 1 pagi tadi dan melihat keadaan dia (anak) semakin teruk yang mana keseluruhan tubuhnya pucat dan sangat lemah seolah sudah meninggal dunia.

Tanpa berlengah, kami terus membawanya ke Hospital Kuala Krai dan alangkah terkejutnya apabila dimaklumkan keadaannya disebabkan dadah.

Menurut ibu mangsa, dia tidak sangka perkara sebegini akan berlaku kerana suspek selalu ke rumahnya, tapi tak pernah bawa mangsa ke mana-mana sebelum ni.

Kini anaknya masih dalam keadaan kritikal dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Perempun Zainab II (HRPZ II).

Sama-sama kita mendoakan kesembuhan adik ini. Semoga ibu mangsa kuat menjalani ujian yang diberikan ini.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media 

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas