Connect with us

Oh! Media

“Rapat Semasa Hayat Masih Ada” – Kakak ‘Pergi’ Atas Pusara Adik

Kakak

Trending

“Rapat Semasa Hayat Masih Ada” – Kakak ‘Pergi’ Atas Pusara Adik

Hubungan adik-beradik akan sentiasa terjalin walaupun sentiasa menghadapi liku-liku kehidupan. Semalam, berlaku satu kejadian di Masjid Tanah apabila seorang wanita meninggal dunia ketika menziarahi kubur milik adiknya.

BACA: “Ingat Ke Angin Ke Apa” – Waris Terkejut Papan Tanda Kubur Dicabut Rupanya Sebab..

Menurut laporan Harian Metro, wanita berkenaan, Allahyarhamah Suhaidzra jatuh rebah di atas pusara milik adiknya disebabkan oleh masalah komplikasi jantung.

IKLAN

Hubungan rapat adik-beradik

Image 34

Arwah Suhaidzra berkerja di sebuah syarikat guaman dan pulang ke kediaman milik ibu bapanya di Taman Setia Jaya, Lubok Cina seminggu sekali. Arwah sentiasa menziarahi kubur adiknya, Mohd Hairi yang telah meninggal dunia pada tahun lepas setiap kali pulang ke rumah. Bapa kepada arwah, Abu Zahar Jani, 75 berkata hubungan anak-anaknya itu akrab.

Arwah tidak terus pulang ke rumah, sebaliknya singgah di Tanah Perkuburan Islam Lubok Cina menziarahi pusara adiknya untuk membaca Yassin dan mendoakan kesejahteraan roh arwah adiknya kerana mereka memang rapat semasa hayat masih ada.

Arwah Suhaidzra tiba-tiba rebah atas pusara adiknya dan kejadian itu telah disaksikan oleh seorang penduduk. Bapa kepada arwah Suhaidzra berkata arwah menghidap penyakit yang berkaitan dengan injap jantung dan pemergiannya itu berpunca daripada penyakit tersebut.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Mini Zamri
Mini, bukan seorang doktor, tetapi seorang penulis beretika di Oh! Media yang komited mencari dan menyampaikan maklumat serta info yang sahih dan tepat. Tiada yang lebih utama baginya selain memastikan kebenaran disampaikan dengan sebaik-baiknya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas