Connect with us

Oh! Media

“Ingat Ke Angin Ke Apa” – Waris Terkejut Papan Tanda Kubur Dicabut Rupanya Sebab..

Oh! Tidak

“Ingat Ke Angin Ke Apa” – Waris Terkejut Papan Tanda Kubur Dicabut Rupanya Sebab..

Di Twitter, viral perkongsian seorang waris yang terkejut apabila melihat papan tanda di kubur arwah bapanya dicabut.

ADVERTISEMENT

Katanya, penjaga kubur di kawasan itu memaklumkan bahawa ada arahan daripada majlis supaya mencabut papan tanda untuk penyeragaman.

Jelasnya lagi, tidak semua orang berkemampuan untuk menempah set kepungan kubur yang mahal. Jadi sangat menghampakan apabila papan tanda yang berharga RM100 sekeping dibuang begitu sahaja.

Difahamkan, kejadian itu berlaku di kawasan Perkuburan Taman Ukay Perdana dan dia selaku waris memohon penjelasan daripada majlis perbandaran yang bertanggungjawab.

Terbaru, individu ini menyertakan notis peringatan berkenaan binaan atau papan tanda di kawasan perkuburan itu.

Difahamkan, tiada sebarang binaan atau papan tanda dibenarkan kecuali batu nisan dan kepungan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan MPAJ.

Malah, hanya kontraktor yang berdaftar dengan MPAJ sahaja dibenarkan bina kepungan dan set nisan.

Perkara ini sudah tentu menimbulkan pelbagai reaksi daripada orang ramai. Netizen mula mempersoalkan mengapa arahan itu dikeluarkan.

Apa pendapat korang pula?

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas