Connect with us

Oh! Media

Kak KM Luah Rasa Berang, Dedah Bakal Saman Wanita Bernama Dewi

Ohmedia kak Km

Oh! Artis

Kak KM Luah Rasa Berang, Dedah Bakal Saman Wanita Bernama Dewi

Kak KM tular di TikTok selepas umum bakal saman wanita bernama Dewi yang didakwa punca pergaduhan keluarga.

Bila sebut nama Kak KM, korang mesti dah boleh bayangkan macam-macam drama kan? Baru-baru ni, tular satu video dekat TikTok yang menunjukkan usahawan sensasi tu meluahkan rasa marah terhadap seorang wanita bernama Dewi. Katanya, kali ni memang tak boleh dibiarkan lagi.

Dalam video tersebut, Kak KM atau nama sebenarnya, Liana Rosli mendakwa wanita itu dah keterlaluan sampai buat dia nekad nak ambil tindakan undang-undang.

Untuk kau yang bernama Dewi, ini adalah satu peringatan untuk kau yang aku tengah tunggu lawyer dan kau kena tunggu surat lawyer akan sampai.- Tegas Kak KM.

Kak KM dedah Dewi jadi punca pergaduhan adik-beradik…

Kak Km

Tambahnya lagi, Dewi dikatakan jadi punca hubungan dia dengan adik-beradik bergolak. Malah, wanita itu turut mengedit macam-macam konten sampai nampak seolah-olah Kak KM ni jahat.

IKLAN

Kau yang nampak paling tersakiti padahal kau yang paling baruah sekali! Surat saman akan sampai dekat rumah kau, kau sabar kejap.- Luahnya lagi.

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen terus tertanya-tanya siapakah sebenarnya Dewi ni. Ada juga yang menasihatkan supaya orang luar jangan sibuk campur tangan dalam urusan keluarga Kak KM.

Pssttt! Bila hal keluarga dah melibatkan orang luar, memang boleh jadi makin keruh. Kadang-kadang benda kecil pun jadi besar bila ada yang cucuk sana sini. Oh! Media nasihatkan korang supaya jangan cepat masuk campur dalam drama orang lain, sebab kadang yang jadi batu api tu lebih teruk dari punca sebenar.

Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas