Connect with us

Oh! Media

Kahwin Adik Beradik Sampai Tertekan Dipaksa Pisah, Erma Fatima Tak Minat Hanya Cerita Pasal Penyondol

Trending

Kahwin Adik Beradik Sampai Tertekan Dipaksa Pisah, Erma Fatima Tak Minat Hanya Cerita Pasal Penyondol

Meledak di media sosial hari ini mengenai drama terbitan Erma Fatima yang menyajikan pelbagai ‘plot twist’ selepas karakter utama meninggal dunia.

ADVERTISEMENT

BACA: Umie Aida Dedah Cerita Sebenar, Dari Awal Erma Fatima Risau Tengok Footage Babak Panas

Pelbagai reaksi diluahkan penonton selepas mendapat tahu Qaidah dikhianati adik angkatnya sendiri. Tak cukup dengan itu, anaknya Batrisyia pula kahwin lari ketika sedang belajar di luar negara.

Manusia tamak harta dunia

Namun, Qaidah nampaknya hanya memikirkan tentang harta pusaka yang ditinggalkan suaminya, Syed Mirza tanpa menyedari Batrisyia sebenarnya berkahwin dengan abang sendiri.

Di Instagram, Erma Fatima sebagai penulis skrip mendedahkan dia tidak berminat untuk bercerita hanya mengenai penyondol suci.

Terdapat banyak lagi kisah tauladan yang ingin ditonjolkan penulis skrip ini di mana ianya dipercayai berlaku di kehidupan sebenar.

Erma mempersoalkan adakah penonton berani mengaku bahawa mereka juga manusia tamak harta, pentingkan diri sendiri, tak bertanggungjawab, buta kerana cinta dan tak kenal Tuhan seperti mana watak-watak di dalam ‘Lelaki Itu.

lelaki itu

Erma ingin menonjolkan tahap keimanan seseorang apabila berdepan dengan dugaan Allah SWT. Tak kiralah sama ada kenal Tuhan atau tidak, seseorang akan ‘sakit’ menghadapi situasi seperti yang dilalui Batrisyia.

Kredit: Instagram Erma Fatima

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas