Connect with us

Oh! Media

Umie Aida Dedah Cerita Sebenar, Dari Awal Erma Fatima Risau Tengok Footage Babak Panas

Trending

Umie Aida Dedah Cerita Sebenar, Dari Awal Erma Fatima Risau Tengok Footage Babak Panas

Kecoh diperkatakan sejak semalam babak panas melibatkan Zul Ariffin bersama seorang pelakon wanita baharu. Ramai yang memberi teguran termasuklah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Idris Ahmad.

ADVERTISEMENT

BACA: “Adegan Yang Ternyata Undang Maksiat, Melampui Batas”- Idris Ahmad

Terbaru, Datin Seri Umie Aida mendedahkan, kakaknya iaitu Erma Fatima selaku penerbit ada meluahkan rasa bimbang dari awal. Erma memberitahunya ada babak terlalu daring setelah melihat footage drama itu.

Dia ada berpesan kepada Erma sebagai penerbit supaya tegas dan menasihati sesiapa yang terlibat supaya mengikut landasan yang dibenarkan.

Malah lebih mengecewakan apabila ada pihak yang sanggup mengeluarkan footage yang sebenarnya hendak dibuang tanpa keizinan penerbit.

Umie Aida berkata selepas melihat hantaran di Instagram pelakon lelaki itu, dia terus bertanyakan kepada Erma mengenai cerita yang menurutnya ‘gila’.

Dan lebih mengecewakan bila ada pihak yang sanggup keluarkan footage (yang erma nak buang) dari editor tanpa keizinan pihak producer dan post di IG . Motif keluarkan footage yang belum diedit dan excited dengan scene yang kurang indah itu dikongsikan untuk “viral”?

Dalam isu ini, beliau berpendapat beberapa pihak harus tampil menjelaskan mengapa wujud babak sedemikian rupa. Jelasnya lagi, screenplay dibuat oleh pengarah bukannya penulis skrip atau penerbit. Sebagai seorang pelakon pula, mereka wajar menolak babak yang diluar kewarasan.

Kredit: Instagram Umie Aida

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas