Connect with us

Oh! Media

“Kadar Kebolehjangkitan Meningkat Selepas Rentas Negeri Dibenarkan” – Dr Noor Hisham

Noor Hisham

Trending

“Kadar Kebolehjangkitan Meningkat Selepas Rentas Negeri Dibenarkan” – Dr Noor Hisham

Selepas dua minggu kerajaan membenarkan aktiviti rentas negeri bagi individu yang dah lengkap dua dos vaksin, kadar kebolehjangkitan (Rt) meningkat sejak lima hari lepas.

ADVERTISEMENT

BACA : Rentas Negeri Dibenarkan Bermula Esok

Menurut laporan Berita Harian, nilai Rt pada jangkaan mengikut kes harian di negara kini pada 0.91 dan perkara ini dikatakan sendiri oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Pada Khamis lalu, nilai Rt hanyalah pada 0.86 dan kini melonjak naik sehinggalah hari ini. Bukan tu jer, kini terdapat enam negeri dan wilayah iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Sabah dan Putrajaya yang telahpun melebihi purata nilai Rt kebangsaan.

Pada 11 Oktober lepas, kerajaan telah membenarkan aktiviti rentas negeri bagi individu yang lengkap divaksin setelah negara kita telah mencapai lebih 90 peratus kelompok imuniti.

Walaubagaimanapun, jangan lupa untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan kerajaan agar kita dapat mengurangkan risiko daripada dijangkiti wabak yang melanda. Ingat! Kita masih belum menang.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas