Connect with us

Oh! Media

“Jodoh Kami Kuat” – Ras Adiba Kahwin Semula Dengan Bekas Suami

Trending

“Jodoh Kami Kuat” – Ras Adiba Kahwin Semula Dengan Bekas Suami

Siapa je yang tak kenal dengan bekas personaliti televisyen (TV), Senator Datuk Ras Adiba Radzi kan? Menurut laporan Berita Harian, Ras telahpun berkahwin semula dengan bekas suaminya iaitu Mohamed Azam Ali. 

ADVERTISEMENT

BACA : “Usah Ajuk Kami, Kifarah Itu Benar” – Ras Adiba Tuntut Kak Long Mohon Maaf, Buat Aktiviti Amal

Pernikahan ringkas mereka telah berlangsung di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) semalam. 

Bekas personaliti TV itu juga mengatakan yang jodoh mereka masih kuat walaupun sudah bercerai sebelum ini dan perkahwinan umpama satu persahabatan dan saling toleransi baginya.

Kami kenal sangat satu sama lain. Banyak persamaan sungguh pun berbeza dari beberapa sudut. 

Tidak ada orang yang sempurna, justeru, kami sependapat untuk menghormati kekurangan dan saling bertoleransi.

Perkahwinan seperti persahabatan, mesti beri ruang untuk satu sama lain menjadi diri masing-masing.

Apapun, tahniah kami ucapkan buat Ras Adiba dan pasangan. Semoga pernikahan mereka kali ini kekal sehingga ke akhir hayat. 

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas