Connect with us

Oh! Media

Lagu Yang Anda Rasa Layak, Tak Lepas Masuk Final AJL35? Ini Jawapan Azmeer

Trending

Lagu Yang Anda Rasa Layak, Tak Lepas Masuk Final AJL35? Ini Jawapan Azmeer

Setelah hampir tiga minggu tunggu keputusan lagu mana yang layak ke pentas Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35), akhirnya malam tadi terjawab juga persoalan tersebut. Tapi macam biasalah, mesti ramai netizen yang tak puas hati dengan pemilihan juri.

ADVERTISEMENT

Tiap-tiap tahun mesti kena hadap isu yang sama. Yelah, bila netizen dah ikut sama jadi juri untuk semua lagu yang dipertandingkan, mestilah ada lagu yang diorang target masuk final dan lagu yang diorang rasa tak layak langsung. Tapi, bila result yang keluar tak sama dengan jangkaan diorang, haa mulalah macam-macam komen keluar dekat social media.

Tak berdiam diri, Azmeer selaku ketua juri separuh akhir Muzik Muzik 35 (SFMM35) telah tampil untuk beri kenyataan. Kalau ikutkan Azmeer, semua lagu yang ada dalam SFMM35, semuanya bagus-bagus. Cuma ada beberapa kesalahan kecil dalam lagu yang menyebabkan pengurangan pada pemarkahan.

Antara lagu yang disebut-sebut sepatutnya layak masuk AJL35 adalah Sakit dari Yonnyboii dan Zynakal. Ramai apa yang minat lagu tu. Tapi sayang, tak lepas juga. Sebabnya, kata Azmeer lagu ini hanya lebih pada lagu popular dan bukannya lagu pertandingan. Belum cukup kriterialah senang cerita. Begitu juga dengan lagu Sembah dari Naim Daniel.

“Contohnya lagu Sembah nyanyian Naim Daniel, juri merasakan bunyi gitar terlalu mengganggu vokal. Saya faham, dalam persembahan ada konsep yang diketengahkan, namun keindahan lagu juga penting.” – katanya.

Tambah Azmeer lagi, peminat perlu tengok lagu dari sudut teknikal juga. Tak boleh hanya sekadar dengar dan sedap di telinga, terus boleh masuk AJL. Juri pun menilai bukan sekadar suka-suka. Bak kata Azmeer, kalau ikutkan hati memang nak pilih 17 lagu pergi AJL. Tapi sebab boleh bawa 12 lagu je, nak buat macam mana, kan?

“Saya harap peminat boleh faham dari sudut teknikal. Contohnya, walaupun Aishah ada sedikit kekurangan ketika menyanyikan lagu Aku Bidadari Syurgamu, tapi melodinya bagus. Ini pertandingan untuk lagu, bukan pertandingan nyanyian. Jangan hukum komposer kalau ada kesilapan daripada penyanyi.” – tambahnya.

Betul juga apa yang Azmeer cakap. Kita orang biasa yang dengar, memang lagu tu sedap. Tapi bagi mereka yang pakar, mesti diorang lagi tahu tentang teknik atau keperluan dalam sesuatu lagu. Jadi, kita kena terimalah dengan hati yang terbuka. Kita tunggulah 7 Februari nanti untuk tengok lagu mana yang jadi juara AJL35.

Kredit: Harian Metro

Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas